Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

1800 Bakul Makanan Diagihkan di Labuan

By 11 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1800 bantuan bakul makanan sudah diagihkan kepada golongan sasar yang terkesan dengan COVID-19 di Labuan.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan Ansharey Matarsad, bantuan tersebut bertujuan meringankan beban masyarakat yang terkesan dengan COVID-19 dan usaha untuk mengesan mereka yang betul-betul layak menerima bantuan itu.

“Setakat ini sebanyak 4200 permohonan diterima dan sedang melalui proses saringan mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menjamin bantuan tersebut sampai ke kumpulan sasar selain mengelakkan pertindihan bantuan.

“Kami juga mempercepatkan proses agihan kepada pemohon yang layak agar sumbangan ini segera diterima mereka yang terjejas dengan COVID-19,” katanya.

Beliau juga memohon orang perseorangan, badan korporat dan badan bukan kerajaan yang ingin menyumbang agar menyerahkannya kepada JKM untuk menyelaraskan sumbangan kepada masyarakat.

“Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami mohon agar kami sebagai Jawatankuasa Kebajikan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan untuk selaraskan sumbangan itu untuk disampaikan bukan sahaja kepada mereka yang terjejas tetapi juga kepada petugas barisan hadapan,” jelasnya selepas menerima sumbangan 100 kit makanan, di sini semalam.

Ansharey mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang dan mengalu-alukan sumbangan dan sokongan seperti itu yang bukan sahaja memanfaatkan mereka yang terkesan dengan COVID-19 tetapi kepada petugas barisan hadapan seperti anggota Sukarelewan Malaysia (RELA), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang membantu dalam menyampaikan sumbangan kepada golongan sasar di sekitar Labuan.

Tinggalkan komen anda