
Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)
PUTRAJAYA, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Belia Malaysia ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19 yang sedang melanda ketika ini.
Kementerian Belia dan Sukan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam memaklumkan sambutan yang sepatutnya dijadualkan pada 15 Mei itu ditunda kepada satu tarikh baharu yang akan ditentukan kemudian.
“Kementerian memahami bahawa situasi semasa amat sukar dan mencabar bagi masyarakat umum khususnya golongan belia dan keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak termasuk Majlis Belia Malaysia (MBM), Badan Gabungan Induk Kebangsaan, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah yang bernaung dibawah MBM.
“Keselamatan dan kesihatan setiap lapisan masyarakat khususnya golongan belia menjadi kepentingan utama kepada kerajaan,” menurut kenyataan tersebut.