Skip to main content
Berita TempatanPerlis

Cegah Alkohol, Komuniti Hidup Sejahtera

By 31 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Wan Muhamad Zikri Bin Wan Kamis (Perlis)

KAKI BUKIT, 31 Oktr (Malaysiaaktif) — Klinik Kesihatan Kaki Bukit hari ini menganjurkan Program Kem Alkohol dengan tema “Cegah Alkohol Hidup Sejahtera Dalam Komuniti” di Dewan Bomba, Kaki Bukit, Perlis.

Antara pengisian program, termasuk ceramah alkohol dan tibi, pemeriksaan kesihatan, saringan alkohol dan tibi, saringan wanita sihat serta pameran dari unit promosi kesihatan, farmasi, unit tibi dan unit pergigian kaki bukit.

 

FB_IMG_1446275716709

 

Juga diadakan pertandingan mewarna dan cabutan bertuah sempena penganjuran program tersebut yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Titi Tinggi, Khaw Hock Kong.

Pengerusi Panel Penasihat Kesihatan Kaki Bukit, Idris Hashim berkata, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat dengan kehadiran kira-kira 300 orang pengunjung pelbagai kaum.

Beliau berkata, melalui program seumpama ini, masyarakat akan lebih memahami kesan pengambilan alkohol terhadap kesihatan.

Perbincangan kumpulan juga turut diadakan bagi memudahkan pengunjung mendapatkan maklumat secara terus dari pegawai kesihatan bertugas.

 

Tinggalkan komen anda