Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON95 dan RON97 Naik 6 Sen, Diesel Naik 5 Sen

By 16 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KPDNHEP

PUTRAJAYA, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik enam sen daripada RM1.25 kepada RM1.31 seliter, dan RM1.55 kepada RM1.61 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit diesel juga naik lima sen seliter, daripada RM1.40 kepada RM1.45 seliter.

Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda