
Foto: Infografik MoF
PUTRAJAYA, 11 Jul (Malaysiaaktif) – Harga runcitĀ petrol RON95 dan RON97 naik tujuh sen seliter, masing-masing kepada RM1.72Ā danĀ RM2.02 seliterĀ manakala diesel turut naik tiga sen kepadaĀ RM1.87Ā seliter, berkuatkuasa tengah malam ini sehingga 17Ā Julai ini.
Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kenaikan ituĀ dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan trend harga minyak mentah dunia pada masa ini.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,ā menurut kenyataan itu.
— BERNAMA