Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

YPKDT Bantu Golongan Sasaran

By 23 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Basir/Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 23 Julai (Malaysiaaktif) – Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah menganjurkan Program Perkampungan Sakinah bagi membentuk dan mengeratkan lagi hubungan mesra antara pemimpin bersama masyarakat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Zaiton Ismail, program ini diadakan untuk meneroka potensi golongan wanita khususnya di kalangan ibu tunggal, golongan yang berpendapatan rendah dan anak-anak muda bagi melahirkan usahawan yang berjaya.

“Pelbagai program menjana pendapatan akan dilaksanakan seperti kursus kemahiran dan pemberian bantuan peralatan perniagaan yang akan dikelolakan oleh YPKDT.

“Pada hari ini juga saya telah menjemput Jabatan Pembangunan Wanita untuk membantu memudahkan urusan para penduduk setempat yang ingin memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal di bawah Jabatan Pembangunan Wanita,”  katanya lagi ketika merasmikan Program Perkampungan Sakinah di Kampung Parit Tengah, Sri Merlong Rengit Batu Pahat, semalam.

Zaiton turut memaklumkan, portal rasmi Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor juga telah dilancarkan pada 20 Julai 2020 yang lalu oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

“Melalui portal ini, masyarakat dapat memperoleh informasi terkini dengan mudah dan cepat yang secara tidak langsung ia juga dapat melancarkan urusan harian mereka,” ujarnya.

Pada program ini, turut berlansung majlis penyampaian Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP), Sumbangan Jejak@MARI untuk golongan yang kurang bernasib baik serta penyampaian sijil Kursus Women’s Income-Generating Skills Projects (WINGS).

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Wanita Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) Nurul Naqiah Fadzil, Pegawai Daerah Batu Pahat Zulkiflee Abbas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Parit Raja Nor Rashidah Ramli.

-NI-

Tinggalkan komen anda