Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Kerajaan Kaji Akta Baharu Libatkan Pilihan Raya

By 2 November 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Kerajaan akan mengkaji cadangan mewujudkan akta tertentu yang melibatkan proses pilihan raya bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata tidak dinafikan, pilihan raya seperti di negeri Sabah pada September lepas yang membabitkan perhimpunan beramai-ramai telah mengakibatkan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

“(Pilihan raya) ini adalah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan saya tidak boleh memberi maklumat lanjut sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum boleh atau tidak dilakukan, tetapi kerajaan sentiasa memantau.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) sama ada kerajaan akan mewujudkan akta tertentu seperti memendekkan tempoh kempen atau kaedah kempen baharu untuk mengekang wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata mekanisme pengurusan krisis negara yang dilaksanakan ketika ini telah berjaya mengawal penularan wabak COVID-19 dan mengelakkan kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik terbeban dengan jumlah kes yang terlalu tinggi.

Beliau menjawab soalan asal Fong Kui Lum (PH-Bukit Bintang) mengenai langkah kesiapsiagaan kerajaan dalam membendung penularan wabak itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda