Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Kerajaan Kaji Akta Baharu Libatkan Pilihan Raya

By 2 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Kerajaan akan mengkaji cadangan mewujudkan akta tertentu yang melibatkanĀ proses pilihan raya bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata tidak dinafikan, pilihan raya seperti di negeri Sabah pada September lepasĀ yang membabitkan perhimpunan beramai-ramai telah mengakibatkan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

“(Pilihan raya) ini adalah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan saya tidakĀ bolehĀ memberi maklumat lanjut sama ada pilihan raya kecilĀ atauĀ pilihan raya umum boleh atau tidakĀ dilakukan, tetapi kerajaan sentiasaĀ memantau.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu)Ā sama ada kerajaan akan mewujudkan aktaĀ tertentu seperti memendekkan tempoh kempen atau kaedah kempen baharu untuk mengekang wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata mekanisme pengurusan krisis negara yang dilaksanakan ketika ini telah berjaya mengawal penularan wabak COVID-19 dan mengelakkan kemudahanĀ kesihatan seperti hospital dan klinik terbeban dengan jumlah kes yang terlalu tinggi.

Beliau menjawab soalan asal Fong Kui Lum (PH-Bukit Bintang) mengenai langkah kesiapsiagaan kerajaan dalam membendung penularan wabakĀ itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda