Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Amaran Cuaca Buruk dan Waspada di Empat Negeri

By 7 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang dan Johor.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ia melibatkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Pada masa yang sama, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat, turut dikeluarkan melibatkan seluruh Kelantan dan di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Sementara di Johor, melibatkan Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

Keadaan cuaca buruk juga dijangka berlaku di Dungun, Kemaman di Terengganu, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran, di Pahang sehingga Sabtu ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda