Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Kempen Pembudayaan Norma Baharu dalam Kalangan Warga Kota

By 7 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr. Aminuddin Hashim menyerahkan bahan kempen terdiri daripada 60 gegantung dan 20 kain rentang ‘Kempen Pembudayaan Norma Baharu’ kepada pihak Bandaraya Kuala Lumpur dalam usaha mempromosikan kempen pembudayaan norma baharu dalam kalangan warga kota.

Menurut Dr. Aminuddin, bahan-bahan kempen ini akan dipamerkan di kawasan tumpuan orang ramai sekitar Kuala Lumpur bagi memberi kesedaran, peringatan dan pendidikan mengenai kepentingan amalan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baharu khususnya pengunjung premis beli belah.

“Seperti mana kita semua sedia maklum, kawasan Lembah Klang ini merupakan salah satu titik panas COVID-19 di mana peningkatan kes baharu COVID-19 di kawasan ini semakin tinggi sejak belakangan ini.

“Oleh yang demikian, kita mengambil langkah berhubung dengan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Lembah Klang termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mana mereka akan mengedarkan risalah-risalah dan poster-poster berkaitan kawalan kendiri bagi mengekang penularan COVID-19,” jelasnya ketika ditemui, di sini semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mahadi  Che Ngah (dua dari kiri) dan Ketua Pengarah NADMA Datuk Dr. Aminuddin Hassim (dua dari kanan) bergambar kenangan sempena penyerahan bahan kempen.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mahadi Che Ngah (dua dari kiri) dan Ketua Pengarah NADMA Datuk Dr. Aminuddin Hassim (dua dari kanan) bergambar kenangan sempena penyerahan bahan kempen.

Dr Aminuddin menegaskan bahawa usaha mengekang penularan wabak ini menjadi tanggungjawab bersama.

“Masyarakat perlu ingat bahawa pandemik COVID-19 ini sudah berada dalam komuniti dan menjadi harapan Negara agar kita bersama-sama menjayakan ‘Kempen Kita Jaga Kita’ agar dapat memutuskan rantaian pandemik ini spenuhnya.

“Lebih 1,200 bahan ‘Kempen Pembudayaan Norma Baharu’ diedarkan seluruh negara oleh NADMA dalam usaha memberi kesedaran mengenai kepentingan pematuhan SOP dalam kalangan rakyat dan inisiatif ini juga disambut baik oleh semua pihak dan ditambah baik dengan usaha promosi mereka sendiri dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya.

Sesi penyerahan bahan kempen telah dibuat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mahadi Che Ngah.

Dr. Aminuddin bersama-sama Mahadi turut mengadakan sesi jelajah mesra sambil mengedarkan bahan poster mengenai pembudayaan SOP ke beberapa premis perniagaan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

-SH

Tinggalkan komen anda