
Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)
YAN, 15 Feb (Malaysiaaktif) āĀ Terkesan dengan nasib yang menimpa golongan pengusaha kedai gunting rambut dan cuci kereta, Ahli Parlimen Jerai Sabri Azit, melalui badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Darul Ikhlas bertindak turun padang bagi menghulurkan sumbangan kepada 100 orang yang terdiri daripada pengusaha dan pekerja kedai gunting rambut dan cuci kereta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Chempedak dan DUN Gurun dalam siri jelajah Program Baitul Rahmah.
āSemoga dengan sedikit sumbangan yang diberikan, mudah-mudahan dapat meringankan beban pengusaha ini yang baru sahaja dibenarkan beroperasi baru-baru ini.
“Saya turutĀ gembira apabila kerajaan telah membenarkan sektor perkhidmatan ini beroperasi semula dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan,”Ā ujar Sabri ketika menyampaikan bantuan tersebut, di sini baru-baru ini.
Salah seorang daripada penerima sumbangan Prabakaran Segeran, 35, pengusaha kedai gunting rambut, berkata beliau berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah membenarkan sektor ini beroperasi semula dan beliau yakin sekiranya pengusaha dan pelanggan patuhi SOP yang telah di tetapkan, COVID-19 akan dapat diputuskan dengan segera.
Selain itu Sabri Azit juga turut menyeru kepada orang ramai agar terus patuhi SOP yang telah di tetapkan agar rantaian COVID-19 ini dapat di putuskan secepat mungkin supaya masyarakat kembali dapat mencari sumber rezeki seperti sebelum ini.
-SH