Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

MPOB Lancar Projek Rintis Pemantauan dan Pelaporan Transaksi Buah Tandan Segar

By 29 Mac 2021Tiada komen4 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Krisha Selladurai/Surina Simat (Pontian)

PONTIAN, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang membangunkan sistem secara dalam talian bagi tujuan pemantauan dan pelaporan transaksi buah tandan segar (BTS) bagi pekebun kecil persendirian dan peniaga buah sawit untuk perkembangan industri sawit negara.

Projek rintis pemantauan dan pelaporan transaksi buah tandan segar dilaksanakan di Tanjung Piai dan adalah yang pertama seumpamanya dalam industri sawit.

Menurut Timbalan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi Datuk Sri Dr. Wee Jeck Seng, sistem ini dibangunkan bagi menggalakan pekebun kecil persendirian untuk mengamalkan penyimpanan rekod penyelenggaran kebun dan rekod hasil secara konsisten dan tepat.

“Tiada sebarang sistem yang spesifik untuk merekod hasil dan harga BTS yang diterima oleh pekebun kecil persendirian pada masa kini, justeru MPOB mengalami kesukaran untuk memberikan perkhidmatan pengembangan yang efektif tanpa maklumat data hasil, kos pengeluaran serta keuntungan yang diperolehi,” katanya ketika menyampaikan ucapan Perasmian Rojek Rintis Pemantauan dan Pelaporan Transaksi Buah Tandan Segar di Tanjung Piai, di sini semalam.

Tambah beliau, sistem baru ini ditambahbaik untuk meningkatkan ketelusan dalam urusniaga transaksi buah tandan segar dan pada masa yang sama mampu mengumpulkan rekod pendapatan pekebun kecil persendirian termasuk fungsi untuk memantau penjualan buah sawit curi, penjualan tanpa lesen, penggunaan lesen orang lain tanpa kebenaran, dan lain-lain isu.

“Data hasil merupakan satu kriteria penting yang dinilai dibawah Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di mana pembangunan sistem ini membolehkan aspek kebolehanjejakkan dalam skim pensijilan MSPO dapat dilaksakan dengan lebih lancar di mana data yang menyeluruh dan tepat juga membolehkan agen pengembangan membandingan hasil sawit  dan mengenai pasti sebarang perbezaan yang ketara diperolehi daripada pekebun kecil persendirian.

“Melalui pembangunan sistem ini MPOB  dapat memantau hasil dan harga BTS yang diterima oleh pekebun kecil persendirian dengan lebih cepat dan tepat di mana penjualan BTS tanpa lesen juga dapat dikenal pasti sekali gus dapat mengurangkan masalah penjualan secara tidak sah.

“Saya berharap agar sistem ini akan memberikan manfaat kepada semua yang telibat iaitu pekebun kecil persendirian, peniaga buah sawit dan MPOB,” ujarnya lagi.

Projek rintis ini akan melibatkan 6,045 orang pekebun kecil persendirian yang mengusahakan tanaman sawit seluas 11,954.21 hektar, 33 peniaga buah sawit (DF) dan satu kilang sawit dalam Parlimen Tanjung Piai.

“MPOB telah mewujudkan tiga Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) di kawasan ini dalam usaha mensijilkan pekebun kecil persendirian dengan pensijilan MSPO dan sehingga kini sebanyak 43 SPOC telah dipersijilkan MSPO membabitkan seramai 27,263 orang pekebun kecil dengan keluasan 69,969.46 hektar di negeri Johor dan di kawasan Tanjung Piai, 1770 orang pekebun kecil dengan keluasan mencecah 4100 hektar telah dipersijilkan MSPO.

“Kerajaan juga mengambil inisiatif menubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) bagi menggalakan penyertaan pekebun kecil persendirian dalam gerakan koperasi dan secara tidak langsung menyatukan pekebun kecil persendirian bagi menjalankan aktiviti ekonomi melalui amalan pertanian baik dan jualan buah sawit secara berkelompok terus ke kilang,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, KPSM juga berupaya meningkatkan produktiviti sawit dan pendapatan pekebun kecil pesendirian melalui pelaksanaan amalan pertanian baik dan aktiviti ekonomi yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan.

“Kerajaan juga menambah peruntukan sebanyak RM20 juta dalam membentuk geran padanan bagi tujuan pembelian jentera kepada KPSM melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat (PEMERKASA).

“Para pekebun kecil persendirian juga perlu mematuhi peraturan lesen MPOB dengan memohon serta memperbaharui lesen untuk menjual buah sawit kepada peniaga dan pengilang dan MPOB akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak termasuk pekebun kecil persendirian yang menjalankan aktiviti jual beli BTS tanpa lesen termasuk tindakan mahkamah bagi membendung aktiviti tidak sihat dalam industri sawit,” katanya lagi.

-NI-

Tinggalkan komen anda