Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Tunggu Keputusan Kerajaan Negeri Laksana Rekalibrasi PATI

By 18 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

RANAU, 18 April (Malaysiaaktif) – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah masih menunggu keputusan kerajaan negeri berkaitan pelaksanaan Program Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin (PATI).

Pengarahnya Datuk Muhamad Sade Mohamad Amin, berkata taklimat telah disampaikan kepada kerajaan negeri pada 18 Februari lepas tetapi keputusan belum diberikan.

“Semua keputusan pelaksanaan kemasukan pekerja asing perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri.

“Kita masih menunggu keputusan muktamad daripada kerajaan negeri untuk mengadaptasi dasar rekalibrasi yang dilaksanakan di Semenanjung,” jelasnya ketika menjawab isu PATI di daerah itu dalam sesi soal jawab sempena Program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri di Dewan Paginatan, di sini semalam.

Menurut Sade, operasi bersepadu dilakukan dengan kerjasama 13 agensi antaranya Pihak Berkuasa Tempatan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah serta agensi lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis.

“Berdasarkan respons yang kita terima, kita akan melakukan operasi di Ranau menggunakan format yang sama.

“Isu kemasukan PATI dan penempatan haram yang diutarakan penduduk membolehkan pihak Imigresen menyusun strategi bagi operasi di sini,” jelas beliau.

Program rekalibrasi di Semenanjung mula dilaksanakan pada Oktober 2020 hingga Jun ini oleh JIM dengan kerjasama Jabatan Tenaga Tenaga Kerja (JTR) Semenanjung dengan agensi-agensi kerajaan tanpa penglibatan vendor.

Hadir sama pada program itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Ramlan Harun, Pegawai Daerah Ranau Syahrin Samsir serta ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN.

Datuk Muhamad Sade Mohamad Amin.

Datuk Muhamad Sade Mohamad Amin.

-RI

Tinggalkan komen anda