Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

JaPen Sabah Perhebat IoW – Nadzerah

By 23 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zuraidah Ahmad/Mohd Nasrie Tapisil (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 April (Malaysiaaktif) – Ketika negara masih dalam fasa kedua pemberian vaksin COVID-19, Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah terus memperhebat program hebahan Info on Wheels (IoW).

Menurut Pengarahnya Nadzerah Abdullah, program IoW terus diperhebat dengan menggerakkan 125 anggotanya dengan 28 buah kenderaan di seluruh Sabah bagi menyampaikan maklumat mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam mendepani pandemik COVID-19.

“Kita telah melaksanakan program IoW berkait COVID-19 ini sejak tahun lepas dan kita berjaya membantu menyumbang kepada kejayaan kerajaan negeri dalam melandaikan keluk pandemik COVID-19 di Sabah dan pada tahun ini, kita perhebatkan lagi IoW dan memberi perhatian kepada pendaftaran vaksin dalam kalangan masyarakat khususnya di kawasan luar bandar.

“Kita mengekalkan konsep yang sama cuma strategi yang sedikit berbeza dengan memfokus kepada kawasan tumpuan dalam lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan sejak Januari 2021, kita telah melaksana 9,336 hebahan umum meliputi 25 buah daerah di seluruh Sabah pada setiap hari,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini kelmarin.

KUNJUNGAN...Tun Juhar (tengah) ketika menerima kunjungan hormat rombongan JaPen Sabah.

KUNJUNGAN…Tun Juhar (tengah) ketika menerima kunjungan hormat rombongan JaPen Sabah.

Menurut Nadzerah, hebahan ini diadakan untuk mengingatkan masyarakat mengenai pematuhan SOP, mengamalkan 3W (Wash, Wear, Warn), elakkan 3C (Crowded Space, ConfinedSpace, Close Conversation), Proklamasi Darurat 2021 dan program vaksinasi dan imunisasi melalui edaran risalah dan poster.

 

Hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Harun Maddasa, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Azman Sipan, Ketua Penolong Pengarah Media dan Komunikasi Korporat Peter Tong Ah Pin dan Ketua Penolong Pengarah Khidmat dan Pengurusan Kewangan Patrick Laing Ngau.

CENDERAMATA...Nadzerah (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata berupa senaskhah terjemahan Al-Quran kepada Tun Juhar, sambil diperhatikan oleh Harun (tiga dari kanan), Azman dan Peter (kanan) serta Penolong Pengarah Cawangan Komunikasi Korporat, Siti Mariam Aziz.

CENDERAMATA…Nadzerah (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata berupa senaskhah terjemahan al-Quran kepada Tun Juhar, sambil diperhatikan oleh Harun (tiga dari kanan), Azman dan Peter (kanan) serta Penolong Pengarah Cawangan Komunikasi Korporat, Siti Mariam Aziz.

-RI

Tinggalkan komen anda