
Laporan/foto: Mohd Hafiz (Sabak Bernam)
SABAK BERNAM, 30 April (Malaysiaaktif) – Pandemik COVID-19 tidak menghalang Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Sabak Bernam menganjurkan program Komuniti@PMR sempena Sambutan Nuzul Quran pada tahun ini.
Pegawai Penerangan Daerah Sabak Bernam Ahmad Yaacob, berkata program berkenaan dilaksanakan secara penstriman terus melalui aplikasi Facebook PPD Sabak Bernam dengan pematuhan penuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Program dimulakan dengan slot Sembang@PMR bersama Ustaz Rif’at Basya Halik Bassah dari Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam yang membincangkan Nuzul Quran.

Slot Sembang@PMR bersama Ustaz Rif’at Basyar dalam program Komuniti@PMR anjuran Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam sempena Nuzul Quran SEMALAM.
“Beliau setererusnya mengendalikan slot Tadarus@PMR bersama tujuh orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Ukhuwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam.
“Program Komunit@PMR ini berakhir dengan slot Rewang@PMR iaitu memasak bubur lambuk untuk edaran semasa berbuka puasa bersama Persatuan Penduduk Taman Perdana,” katanya ketika ditemui selepas program semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan I Muslimin Yahaya, Orang Besar Daerah Sabak Bernam Datuk Baharin Mat Akhir; Pegawai Daerah Sabak Bernam Amri Ismail dan Penolong Pegawai Agensi Anti Dadah (AADK) Sabak Bernam Mohd Noor Akmal Abd Razak.

(Dua dari kiri) Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya turut serta rewang@PMR menyediakan juadah bubur lambuk.
-RI