
Oleh Iswandy Kassim (Kuching)
KUCHING, 15 Dis (Malaysiaaktif) — Usaha untuk mencari jururawat Nurul Wazieyana, 23, yang dilaporkan hilang di laut Pantai Pasir Panjang petang Sabtu lepas kini masuk hari keempat.
Pagi tadi kira-kira pukul 10.00 Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) menemui petunjuk terbaharu dalam bentuk pakaian dalam mangsa di lokasi di mana baju dan tudung mangsa ditemui kelmarin. Barangan tersebut dijumpai 5km dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat.

Pasukan SAR turut menjumpai seluar mangsa yang hanyut dibawa gelombang dalam keadaan koyak di bahagian punggung, lutut dan paha.
Lewat petang semalam Pasukan SAR turut menjumpai seluar mangsa yang hanyut dibawa gelombang dalam keadaan koyak di bahagian punggung, lutut dan paha. Kesemua pakaian itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk pengesahan oleh keluarga dan rakan-rakan mangsa.
Pasukan SAR yang turut menggunakan drone untuk memantau kawasan dari udara kini menumpukan pencarian di lokasi pakaian tersebut dijumpai. Operasi hari ini akan diteruskan sehingga pukul 7.00 malam.
Difahamkan juga keluarga mangsa yang berasal dari Johor turut bermalam di tepi pantai sejak datang ke Sarawak dua hari lepas.