Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahViral

Air Loji Melimpah ke Jalan Raya Di Kampung Baru Simpang Bujang

By 15 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

MERBOK,15 Dis (Malaysiaaktif) — Limpahan air dari tangki milik Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) berhadapan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah di jalan utama menghala ke Tanjung Dawai memangsakan pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal yang terkesan oleh simbahan air apabila berselisih dengan kenderaan lain.

 

0490ac2b-eccf-4fa8-bf27-8ac375343a02

Tinjauan wartawan Malaysiaaktif pada pukul 12.00 tengah hari semalam mendapati ia berpunca dari loji air atas bukit di Kampung Baru Simpang Bujang. Air yang melimpah itu  mengalir ke jalan raya dan menyebabkan takungan apabila parit kecil di tepi jalan dari arah Semeling dan Tanjung Dawai tidak mampu menampung kapasiti.

Menurut, penduduk Kampung Simpang Bujang, Busri Saad, 54, limpahan air tangki milik SADA di atas bukit kampung tersebut sering kali berlaku menyebabkan air melimpah ke atas jalan raya.

 

b02e54fd-0374-48fa-a11a-3f1064d3b679

 

Seorang pengguna jalan raya, Mizon Abdullah,45, berharap pihak SADA dapat mengatasi masalah limpahan air tersebut kerana ia berbahaya kepada kenderaan, terutama pada waktu malam.

Wartawan Malaysiaaktif dimaklumkan oleh satu sumber yang enggan dinamakan di pejabat SADA Kuala Muda bahawa pihaknya akan mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

 

Tinggalkan komen anda