
Oleh Aneta Binti Ahmad Kemaman, 17 Disember (Malaysiaaktif) – Dalam menjayakan program-program transformasi negara demi masa depan yang lebih cerah untuk menjadi sebuah institusi yang lebih cekap dan berpegangkan rakyat, adalah lebih utama untuk kita membuat perubahan hati terlebih dahulu dengan sifat berkasih sayang.
Ini antara pesan Ustaz Mohd Fadhly Hasbullah, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Manis pada Majlis Munajat Dhuha, Agensi Transformasi Rakyat Terengganu(ATRA) Kemaman, hari ini di perkarangan Pejabat Penyelaras DUN Chukai.
Nasihat beliau lagi, umat Islam seharusnya berkasih sayang dalam melakukan setiap pekerjaan kerana ajaran Islam sangat menjunjung tinggi akan kasih sayang. Mencintai Allah adalah fardu bagi setiap Muslim, dan jika kita benar-benar mencintai Allah secara kesungguhan hati, maka proses “rasa kasih sayang” untuk makhluk ciptaan-Nya akan terbentuk dalam hati kita.
Majlis turut dihadiri Pegawai Penyelaras DUN Chukai, pelajar-pelajar Imbasan Nilai serta penduduk tempatan.