Skip to main content
Berita TempatanHomeViral

JAKOA Beri Bantuan kepada Mangsa Banjir di Kampung Asli Paya Rumput

By 18 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

Oleh B. Tanggamal, KUALA LANGAT, 17 Dis (Malaysiaaktif) –  Seramai 49 orang mangsa banjir terdiri daripada 17 keluarga Kampung Orang Asli Paya Rumput yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Ā Dewan Perpaduan Genting Senyen mendapat bantuan seperti beras, minyak, biskut, dan pakaian petang semalam.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Hasnan Bin Hasan, jika keadaan berterusan, mangsa-mangsa banjir akan terus tinggal di pusat pemindahan tersebut sehingga air surut. Ā Keadaan ini agak merisaukan Ā kerana mereka perlu membuat persiapan sebelum anak-anak mula ke sekolah pada awal tahun depan.

jakoa2

Tambahnya, ā€œJika keadaan ini masih berterusan, anak-anak mangsa terpaksa untuk tidak ke sekolah. Saya harapĀ  airĀ  surut dengan cepat supaya mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Harap juga tidak melibatkan kampung-kampung lain. Setakat ini mangsa-mangsa banjirĀ memberi kerjasama dalam semua urusan pemindahan.

Pada majlis tersebut, beliau turut sempat meninjau keadaan semasa kawasan perkampungan yang terlibat dengan masalah banjir.

jakoa1

Sehingga jam 10.30 pagi tadi, keadaan banjir didapati semakin baik. Semua mangsa banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan tersebut sejak tiga hari yang lalu.

Tinggalkan komen anda