Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Sinergi LabuanFM Sampaikan Bantuan kepada OKU

By 18 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Sinergi LabuanFM “Prihatin PPDK” dengan kerjasama strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Hotel Grand Dorsett memberi sumbangan kit makanan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

Menurut Pengarah Penyiaran Labuan Aminah Samsudin Mohd, Program yang juga menjadi tanggungjawab sosial (CSR) penyampai radio dan kakitangan LabuanFM itu merupakan salah satu inisiatif bagi memberi fokus kepada golongan OKU iaitu pelatih di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Jalan Tenaga, PPDK Mutiara dan ahli-ahli Persatuan Bagi Orang-Orang Istimewa Labuan (PBOOIL) yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 yang telah melanda negara.

“Seramai 70 orang pelatih PPDK dan ahli PBOOIL menerima pengagihan kit makanan secara pandu lalu di perkarangan pejabat JKM Labuan pukul 10.00 pagi tadi.

Salah seorang penerima bantuan kelihatan ceria.

Salah seorang penerima bantuan kelihatan ceria.

“Antara objektif pelaksanaan program adalah untuk menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan membantu golongan yang terjejas dengan menyampaikan bantuan kepada mereka agar tidak merasa tersisih terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Labuan kini.

“Selain itu, menerusi program ini juga dapat memupuk keprihatinan dalam masyarakat menerusi gandingan kerjasama antara jabatan, agensi kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya menerusi satu kenyataan rasmi, semalam.

Tambahnya, LabuanFM bukan sahaja berperanan menyebarluaskan inisiatif dan mesej kerajaan menerusi siaran radio dan media sosial tetapi juga turut menyantuni mereka yang memerlukan.

Wakil daripada hotel tersebut Micheal Andin, berkata pihaknya sentiasa menyantuni golongan OKU setiap tahun dengan melaksanakan pelbagai program.

Herman Saidin.

Herman Saidin.

“Tahun ini kita sumbangkan 70 bakul makanan kepada golongan OKU kerana setiap tahun kita ada program bersama OKU seperti program berbuka puasa dan sebagainya, oleh kerana pandemic COVID-19 kita hanya menyumbangkan bakul makanan kepada mereka.

“Kita akan teruskan sokongan dan program CSR dengan NGO dan golongan yang kurang berkemampuan di Labuan termasuk mempertimbangkan pelbagai bentuk bantuan yang lain,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi PBOOIL Herman Saidin, berkata NGO mereka memang mengharapkan bantuan masyarakat kepada golongan OKU di pulau itu.

“Persatuan sendiri mempunyai dana yang terhad untuk menjalankan aktiviti harian dan kami berharap warga Labuan boleh membantu dari segi dana dan bantuan kepakaran untuk membolehkan anak-anak OKU meneruskan pembelajaran di rumah menggunakan teknologi yang canggih,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda