Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Golongan Asnaf dan Keluarga B40 Terima Sumbangan Barangan Keperluan Asas

By 3 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syafiq Zaman (Tampin)

TAMPIN, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Golongan Asnaf dan Keluarga B40 di daerah ini menerima sumbangan barangan keperluan asas daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Amal dan Kebajikan Al-Baasith Negeri Sembilan serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan bagi meringankan beban mereka akibat pandemik COVID-19.

Menurut pengerusi Persatuan Amal dan Kebajikan Al-Baasith Negeri Sembilan Khairul Nizam Khairuddin, Program Bantuan Kotak Makanan ‘Al Baasith Cakna Masyarakat” COVID-19’ telah diadakan sepanjang pandemik COVID-19 bermula dari Mac 2020 sehingga kini bagi misi memberi bantuan kepada golongan asnaf dan keluarga B40 di sekitar daerah ini yang melibatkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kami sedia maklum semua Agensi Kerajaan Jabatan di bawah Kerajaan Pusat malahan Kerajaan Negeri sentiasa menyalurkan bantuan Ketika pandemik COVID-19 yang sedang melanda kini dan Persatuan Amal dan Kebajikan Al-Baasith Negeri Sembilan turut mengambil bahagian untuk bersama membantu Golongan Asnaf serta Keluarga B40 yang terjejas serta memerlukan bantuan makanan asas,” ujarnya ketika ditemui sempena program bantuan tersebut di Balai Polis Air Kuning Selatan, di sini kelmarin.

Penyerahan bantuan Kotak Makanan kepada Golongan Asnaf.

Penyerahan bantuan Kotak Makanan kepada penerima.

Tambah Khairul Nizam, program ini menyasarkan sebanyak 400 kotak makanan untuk diedarkan sepanjang bulan Ogos di sekitar daerah ini dan dianggarkan sebanyak 30 kotak keperluan asas kepada penerima yang diagihkan secara pandu lalu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat selepas mendapat kelulusan.

“Persatuan Amal dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan turut membuka peluang dan ruang kepada Masyarakat yang prihatin untuk bersam-sama membantu golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dengan menyalurkan sumbangan kepada mereka.

“Masyarakat sekeliling dinasihatkan peka, ambil peduli serta berikan pertolongan kepada masyarakat setempat yang memerlukan bantuan ketika pendemik COVID-19 ini dan pemberian kotak makanan seperti ini, akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi megenal pasti sebanyak mungkin bilangan yang masih belum menerima sebarang bantuan,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda