Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PM Muhyiddin Letak Jawatan

By 16 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: RTM

PUTRAJAYA, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meletak jawatan selepas 17 bulan memegang jawatanĀ sebagaiĀ Perdana Menteri kelapan.

Turut meletak jawatan adalah 29 Menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

ā€œJelaslah saya telah kehilangan sokongan majoriti. Jadi, tidak perlu lah lagi keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen.

“Maka, pada hari ini saya meletakkan jawatan saya sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh ahli Jemaah Menteri sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,ā€ kata Muhyiddin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Ahli Parlimen Pagoh itu menyerahkan surat peletakan jawatan kepadaĀ Yang di-Pertuan AgongĀ Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin semasa menghadap Seri Paduka di Istana Negara, pada tengah hari tadi.

Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu, mengangkat sumpahĀ Perdana MenteriĀ pada 1 Mac 2020 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 24 Feb tahun sama.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda