
Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)
ASAHAN, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Unit hebahan Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Jasin menyantuni warga penduduk Kampung Orang Asli Solok Terentang dengan menghebahkan dan memperdengarkan hebahan lagu-lagu patriotik kepada warga penduduk di sana.
Tok Batin Rahmat Ali 55, teruja dengan kedatangan pihak JaPen ke kampung mereka dan tidak menyangka akan menerima jalur gemilang daripada pihak jabatan.
“Sehari sebelum kedatangan pihak jabatan, penduduk ada bertanyakan Jalur Gemilang ada tidak untuk mereka pasangkan di rumah mereka, tidak sangka pula pada hari ini apabila dimaklumkan dari pihak JAKOA yang menyatakan kepada saya bahawa Pejabat Penerangan hendak datang ke kampung ada Jalur Gemilang turut diberikan,” katanya ketika ditemui di kampung tersebut, di sini baru-baru ini.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah Jasin Azreen Ahmad, bersempena bulan kebangsaan banyak program telah disusun dan dilaksanakan bagi mengelorakan semangat kemerdekaan.
“Kampung Orang Asli Solok Terentang menjadi lokasi kami pada hari ini bagi menyantuni mereka, bertanya khabar serta menyumbangkan Jalur Gemilang satu rumah satu bendera,” ujar Azreen.
-FF