Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajayaSains & TeknologiViral

Menggarap Pengajaran Melalui ‘Gamification’ Di Taska

By 11 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 11 Apr (Malaysiaktif) –?  Kaedah pengajaran di taska perlu diubah seiring teknologi terkini, seperti penggunaan tab menerusi aplikasi buku digital yang terdapat di pasaran.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh mengambil buku Upin dan Ipin sebagai contoh. Ia memakan masa setahun untuk disiapkan, namun dimuat naik sekejap sahaja untuk digunakan secara terkini dan meluas di taska, selari dengan perkembangan teknologi.

Idris berkata demikian ketika melancarkan Fun Smart Learning di Taska Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Zaaba di sini, pagi tadi.

KPT bekerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan syarikat Samsung dalam menghasilkan pendigitalan buku cerita kanak-kanak dan bahan pembelajaran berkaitan kemahiran berfikir secara interaktif.

Tambahnya, UPSI merupakan universiti utama berminat menggunakan kaedah mengajar secara gamification, iaitu penggunaan aplikasi elemen-elemen tipikal dalam permainan berdasarkan peranti, seperti pengumpulan skor, persaingan dan peraturan permainan untuk aktiviti lain.

Sementara itu, menurut Timbalan Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Noraini Idris, menerusi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) dan Makmal Penyelidikan Pendidikan UPSI, semua bahan dibangunkan mengikut kurikulum PERMATA yang merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal kepada Kanak-kanak

Dr. Noraini berkata UPSI akan terus memuat naik lebih banyak aplikasi kerana pelajar sekarang gemar menggunakan cara sebegini. Selain bahasa Melayu, UPSI juga menerbitkan bahan-bahan yang sesuai dalam bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Mengulas tentang program Fun Smart Learning, universiti tersebut menghasilkan pelbagai bentuk pengajaran menerusi watak popular Upin dan Ipin yang menyentuh topik haiwan, serangga, nilai positif dan lain-lain.

Taska KPT yang memulakan operasi sejak dua tahun dahulu kini mempunyai seramai 150 orang kanak-kanak.

Mulai hari ini kanak-kanak yang berusia empat tahun di taska itu akan menggunakan 30 peranti jenis tablet dan sebuah digital smart board sumbangan Samsung.

 

– SF/AAS

Tinggalkan komen anda