Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

PPM Fokus Tiga Aspek Banteras Kegiatan Bom Ikan

By 11 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Zuraidah Ahmad & Saiful Rahman Sabri (Sabah) / Foto stopfishbombing.org

KOTA KINABALU, 11 Apr (Malaysiaktif) –? Pasukan Polis Marin diarahkan supaya memberi fokus kepada tiga aspek utama dalam usaha menjaga keselamatan perairan negara di negeri Sabah.

Lokasi utama yang diberi tumpuan ialah keselamatn di pelantar minyak, keselamatan penduduk pulau, pengunjung dan pelancong di resort dan keselamatan masyarakat nelayan pesisir pantai.

Ini ditegaskan oleh Komander Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun dalam  menyeru penduduk pesisir pantai, khususnya masyarakat nelayan di Pulau Gaya agar memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah yang berlaku di perairan daerah itu.

 

MARIN 2

 

Dalam pada itu, Mohamad berkata PPM komited dalam usaha membateras kegiatan pengeboman ikan, khususnya di kawasan pelantar minyak.

Menurut beliau, statistik tangkapan di bawah Akta Perikanan 1985 melibatkan pengeboman ikan pada tahun lalu di daerah itu meningkat kepada enam kes berbanding lima kes pada 2014 melibatkan rampasan bernilai RM206,210.

“Kita berharap masyarakat pesisir pantai daerah ini tidak lagi menganggap PPM hanya sebagai agensi penguat kuasa semata-mata, tetapi lebih kepada sahabat.

“Justeru, kita menyeru agar mereka bersedia menjadi mata dan telinga kepada pasukan ini dengan menyalurkan apa-apa jua maklumat berkaitan aktiviti jenayah.

Beliau berkatanya demikian pada Majlis Dialog Kerjasama Pasukan Polis Marin dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di SK Pulau Gaya, Sabtu lepas.

Di bawah akta yang sama, Sabah mencatat 33 kes dengan 58 individu ditahan pada 2015, berbanding 38 kes dan 43 orang kena tahan pada 2014.

 

– SF/AAS

 

Tinggalkan komen anda