Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Inovasi, Kandungan Mantap Inisiatif Gabungan Bernama/RTM

By 29 Jun 2018Tiada komen1 minit bacaan
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (tengah) bersama isteri Sangeeta Kaur Sidhu (tiga, kanan) pada Majlis Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Dataran Gemilang, Presint 4 hari ini. Turut kelihatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Laporan : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya) / Foto: Bernama

PUTRAJAYA, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Gobind Singh Deo semalam menyarankan supaya agensi Berita Nasional Malaysia, BERNAMA, digabungkan bersama Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di bawah satu pengurusan.

Saranan ini disambut baik oleh beberapa orang kakitangan Jabatan Penerangan yang sempat ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Kementerian berkenaan di sini semalam.

Menurut Gobind tindakan rasionalisasi itu boleh menjimatkan kos, selain menjana dana tambahan kepada kerajaan.

Memetik penjelasan beliau kepada portal berita The Malaysian Reserve, beliau berkata ini dilakukan dengan cara menumpu kepada usaha-usaha inovasi dan penjanaan kandungan mantap dan yang tidak dibelenggu minda lama di bawah pengurusan baharu.

Beliau merujuk kepada pelan penggabungan yang merupakan antara cadangan dalam tempoh enam bulan yang terkandung dalam mandat tugasan ke arah mentransformasikan RTM.

Secara spesifik, hasil inisiatif tersebut akan menyaksikan sektor berita disumberkan kepada Bernama selari dengan hasrat menjimatkan kos dan menjana dana tambahan bagi tujuan kandungan.

-AAS/MRR

 

 

Tinggalkan komen anda