Azhar, Aziz Harap Isu 1Borneo Dapat Diselesaikan Segera

IMG-20180714-WA0014

Laporan oleh:Fauzrina Bulka/Foto:Azman Jumat(Sabah)

 

KOTA KINABALU, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Azhar Datuk Mattusin berharap agar pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dapat mempertimbangkan agar isu berkaitan pusat membeli belah 1Borneo diselesaikan segera.

“Saya berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan secara baik kerana ianya banyak memberi kesan kepada ekonomi dan pandangan orang terhadap kerajaan baharu kerana sebenarnya perkara ini adalah lanjutan daripada kerajaan yang lepas.

“Kenyataan saya disalah tafsir sebelum ini, sebenarnya RM3 juta bukanlah jumlah yang di kurangkan oleh SESB, daripada jumlah hutang sebanyak RM8.7 juta, pihak 1Borneo ditawarkan untuk membayar RM5 juta wang pendahuluan supaya bekalan elektrik dapat di sambung semula.

Azhar menyambut kehadiran Aziz dalam majlis tersebut

Azhar menyambut kehadiran Aziz dalam majlis tersebut

“Saya berunding dengan pihak SESB dan minta dikurangkan sedikit iaitu sebanyak RM3 juta untuk wang pendahuluan dan selebihnya akan di bayar secara ansuran.

“Saya berharap agar SESB dapat mempertimbangkan rayuan saya bagi pihak rakyat Sepanggar dan sekiranya diluluskan, saya juga berharap pihak 1Borneo supaya berusaha membayar jumlah tersebut agar gudang itu dapat diaktifkan semula,”jelas Azhar.

Azhar ditemui pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri N12 Karambunai yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Likas pada Sabtu pagi.

IMG-20180714-WA0012

Turut hadir dalam tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Aziz Jamman merangkap anggota Parlimen Sepanggar.

Aziz menyokong kenyataan Azhar dan menegaskan menegaskan bahawa tindakan mereka bukan bermaksud menyebelahi pihak 1Borneo tetapi kerana memikirkan kebajikan rakyat yang bekerja di gudang tersebut.

“Kita tahu disaat pemotogan itu dijalankan peniaga yang berada didalam itu tidak dapat berniaga, dan apabila peniaga tidak dapat berniaga mereka akan mengalami kerugian.

“Apabila mereka tidak berniaga, peluang pekerjaan kepada 5000 orang sekurang-kurangnya pasti terjejas ini menjawab persepsi mengatakan seolah-olah kami menyebelahi 1Borneo,”katanya.

Melayani orang ramai yang hadir

Melayani orang ramai yang hadir

Aziz turut mempersoalkan tindakan SESB yang tidak memotong bekalan elektrik ketika masih dibawah pengurusan lama kerana yang menjadi mangsa adalah pengurusan baharu yang terbeban dengan hutang yang banyak.

“Justeru kami merayu kepada SESB untuk mempertimbangkan rayuan ini kerana jika bekalan elektrik dimatikan, sudah pasti hutang 1Borneo tidak akan dapat dibayar.

“Tetapi jika mereka berikan ruang untuk pengurusan baru ini bernafas, pastinya mereka akan boleh berniaga dan beroperasi dan sekurang-kurangnya membayar hutang tertunggak, ini harapan kami,”jelasnya.

Antara orang ramai yang hadir

Antara orang ramai yang hadir

Menurutnya juga, mereka sebagai pemimpin memikirkan nasib anak-anak muda dan rakyat Sepanggar dan Sabah yang akan kehilangan pekerjaan di tambah lagi dalam keadaan ekonomi negara yang tidak baik, peluang pekerjaan sangat terhad di negeri ini.

“Di dalam 1Borneo ada penyewa yang besar seperti Parkson dan Golden Screen Cinema, jadi kalau berterusan begini, besar kemungkinan syarikat-syarikat ini akan keluar daripada 1Borneo.

“Jika mereka keluar, sudah past 1Borneo akan lingkup sebab dia tidak boleh berharap kepada penyewa-penyewa kecil, sebab itu bagi mereka peluang setidaknya seperti yang diminta oleh pengurusan baharu iaitu tempoh tiga bulan untuk mencuba.

“Kalau selama ini bertahun mereka di beri peluang, kenapa tiga bulan tidak boleh diberikan peluang, Cuma jika mereka masih tidak boleh melunaskan hutang, kami berdua juga akur kerana kami sudah melakukan tugas kami,”ujarnya.

 

 

 

-MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...