Kenali Asean Lebih Dekat Melalui [email protected]’s

20180715_230915

 

Laporan dan Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

BALING, 15 Jul (Malaysiaaktif) – “Sebarkan kepada kawan-kawan, Baling ini sangat cantik. Ajak mereka semua datang sini.” Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco) Merangkap Adun Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min berkata demikian semasa merasmikan penutupan [email protected]’s merangkumi, [email protected], [email protected] dan Asean Baling Nature Explorace 2018

Asean@Campus melengkapkan ilmu para peserta selepas mereka menamatkan pelajaran - Simon Ooi Tze Min

[email protected]us melengkapkan ilmu para peserta selepas mereka menamatkan pelajaran

Katanya, aktiviti seperti ini melengkapkan ilmu para peserta selepas mereka menamatkan pelajaran. Ia amat berguna ketika memasuki alam sebenar.

Menurutnya, melalui program ini juga ia dapat mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia terutamanya di Kedah kepada seluruh masyarakat Asean ujar Simon dalam program anjuran Cawangan Perhubungan Antarabangsa Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dengan kerjasama Kolej Komuniti Baling.

Sebahagian hadirin semasa upacara perasmian

Sebahagian hadirin semasa upacara perasmian

Program yang berlangsung sejak semalam ini telah berjaya menarik penyertaan lebih 500 orang yang terdiri dari para pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta terutama dari Kolej Komuniti di Zon Utara.

Adik Muhammad Adam Iman Mohd Tarmizi, 4, peserta termuda berjaya menamatkan Baling Nature Asean Explorace

Adik Muhammad Adam Iman Mohd Tarmizi, 4, peserta termuda berjaya menamatkan Baling Nature Asean Explorace

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Simon melahirkan penghargaan kepada JaPen kerana memilih negeri Kedah sebagai tuan rumah kepada acara ini.

Dalam ucapan yang sama juga, beliau berkata, aktiviti ko-kurikulum seperti ini amat penting kepada para pelajar bagi meningkatkan kemahiran mereka berkomunikasi dengan masyarakat.

Wakil Kolej Komuniti Langkawi Mengunguli acara Baling Nature Asean Explorace

Wakil Kolej Komuniti Langkawi Mengunguli acara Baling Nature Asean Explorace

Ia juga meningkatkan “soft skill” seperti ilmu komunikasi dan kepimpinan dan kebolehan pelajar bagi menghadapi situasi sebenar dalam kehidupan terutama dalam kerjaya mereka nanti, katanya.

Katanya lagi, ia juga membolehkan para peserta mengenali Asean dan masyarakat di dalamnya termasuk taraf kehidupan, sejarah, matawang, sosio ekonomi, politik, budaya, makanan dan sebagainya dan kenapa kita perlu membantu masyarakat lain di Asean.

Terdahulu dalam majlis yang sama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman berkata, sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam memberikan promosi dan publisiti Hari Kebangsaan Malaysia dan Kempen Kibar Jalur Gemilang, beliau menyeru agar semua masyarakat Baling, Kedah khususnya untuk bersama-sama kerajaan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang di seluruh komuniti masyarakat, mukim kampung, desa, pekan dan bandar di Kedah khususnya.

Buktikan cinta negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang - Datuk Ibrahim Abdul Rahman

Buktikan cinta negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang – Datuk Ibrahim Abdul Rahman

Pada tahun ini, pelancaran Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada 4 Ogos. Pulau Pinang telah terpilih sebagai tuan rumah kempen pelancaran bulan kebangsaan dan kibar jalur gemilang pada tahun ini.

Ibrahim juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua Kolej Komuniti dan agensi-agensi yang terlibat terutamanya bagi Kampus Baling.

Program seperti ini memberi ruang untuk para pelajar bertemu dan menjadi platform untuk mereka bersatu padu, ujarnya.

Ia juga memberi ruang, untuk generasi muda memahami sebab pemimpin terdahulu mewujudkan Asean.

Program yang berlangsung mulai 14 hingga 15 Julai ini telah melibatkan beberapa lokasi menarik di daerah Baling yang menjadi tuan rumah bagi zon utara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...