Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Logo Rasmi Sambutan Bulan Kebangsaan Dipilih

By 27 Julai 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Logo bersimbolkan rakyat sambil melakukan gerakan riang mengangkat tangan seumpama sedang menari, dengan satu bentuk hati yang menyatukan sesama mereka dipilih sebagai logo rasmi Sambutan Bulan Kebangsaan 2018.

Pengumuman tersebut disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo di bangunan kementeriannya di sini tengah hari tadi.

632 logo diterima sempena Hari Kebangsaan kali ini - Gobind.

632 logo diterima merupakan sumbangan semata-mata, bukannya berbentuk pertandingan – Gobind.

Logo yang dihasilkan Nik Zulkifli Nik Hitam, yang membawa maksud warganegara Malaysia yang pelbagai hidup harmoni dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara dipilih daripada keseluruhan 632 sumbangan logo yang diterima.

“Kesemua logo dibawa kepada Perdana Menteri untuk dipilih pada 25 Julai lepas, dan logo ini merupakan sumbangan daripada rakyat,” katanya sempena sidang media Hari Kebangsaan 2018.

Sementara itu, lagu ‘Kita Punya Malaysia’ nyanyian Kumpulan Bunkface dipilih sebagai lagu tema Hari Kebangsaan kali ini.

“Lagu ciptaan vokalis kumpulan ini, Sam, dipilih kerana berbeza rentak dengan lagu-lagu sebelum ini yang lebih bertenaga dengan menggambarkan Malaysia ini sebagai milik kita dan kita perlu bersatu dalam kepelbagaian dalam membangunkan negara tercinta,” tambahnya.

Dalam pada itu, Gobind turut menyeru semua rakyat untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang mulai sekarang dan sepanjang bulan Ogos sehingga sambutan Hari Malaysia 16 September nanti.

“Ini sangat penting bagi menggelorakan semangat patriotism, cintakan Negara, semangat perpaduan dan semangat meraikan kegemilangan baharu,” ujarnya lagi.

Tinggalkan komen anda