Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Keputusan Aksi Pembukaan Piala Malaysia 2018

By 5 Ogos 2018Ogos 6th, 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan: Syed Hisham Shah (Putrajaya) Foto : Ihsan Sinar Harian

PUTRAJAYA, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Empat perlawanan melibatkan masing-masing kumpulan A dan D berlangsung semalam.

Bagi kumpulan A, pertemuan di antara Perak dan Felcra FC berkesudahan seri tanpa jaringan apabila Perak gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri.

Sementara itu nasib lebih malang menimpa tuan rumah Kuala Lumpur apabila tumbang di laman sendiri 1-5 kepada pasukan Terengganu FC I di Stadium Kuaka Lumpur, Cheras, malam tadi.

Pertemuan bagi Kumpulan D pula menyaksikan Pahang mengikat Sabah 1-1 dan juara 33 kali, Selangor tewas di laman sendiri kepada PKNP FC 3-0.

Tiga lagi perlawanan akan berlangsung malam ini, di mana PDRM menanti kunjungan PKNS FC di Stadium Hang Jebat, Melaka dan Felda United bertemu Melaka United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka bagi Kumpulan B.

Bagi Kumpulan C pula, JDT akan bertemu MISC-MIFA dan Kedah bertemu Kelantan di Stadium Darul Aman.

Tinggalkan komen anda