Skip to main content
HomeTerengganu

Santai Anak Merdeka Raikan Keamanan Negara

By 14 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh: Aneta Ahmad

HULU TERENGGANU, 14 September (MalaysiaAktif) – Seramai lebih 200 orang belia berkumpul secara aman meraikan kemerdekaan negara ke 61 sempena Program Merdeka@Komuniti Peringkat Komuniti (Santai Anak Merdeka) di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang semalam.

Penglibatan belia terdiri Daripada ahli Kelab Eatsleep MDMJDM, Kelab FD Hulu, Kelab Follow Rider, Geng Ngail Udang, Sari Banun Crew dan Persatuan Badminton Daerah Hulu Terengganu.

Aktiviti berbeque bersama peserta yang hadir

Aktiviti berbeque bersama peserta yang hadir

Seorang ahli Kelab dari Kelab Civid FD Club Malaysia iaitu Sharul Shafuan Mohamad, 31, berkata beliau sangat teruja dengan program yang diadakan dan bersyukur kerana berpeluang hadir walaupun terpaksa bergegas balik dari tempat kerja beliau di Kemaman.

Beliau berharap banyak lagi program seumpama ini dapat dilaksanakan kerana sebahagian besar belia dan remaja akan teruja apabila melihat kereta serta pelbagai jenis motor dalam kumpulan yang besar.

Kita bertuah kerana masih boleh berkumpul dalam keadaan aman, bertepatan dengan bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September nanti.

Veteran Jabatan Penerangan Malaysia, Ghazali Taib, 63

Veteran Jabatan Penerangan Malaysia, Ghazali Taib, 63

Ahli Kelab Follow Rider Hulu Terengganu, Mohamad Asri Samian, 22, berkata walaupun mereka hanya dari Kelab Motosikal EX5 namun beliau gembira pada malam ini kerana ramai ahli yang dapat datang meski pun ada di antara ahli yang tidak berkesempatan hadir atas tuntutan tugas.

Beliau berkata dengan menyertai Kelab ini beliau dan ahli dapat menyertai banyak program yang berfaedah dan menyarankan agar remaja di luar sana dapat bersama kerana semakin banyak program disertai yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan NGO remaja dan belia akan lebih terdedah dengan maklumat dan dapat bertukar fikiran.

Turut bersama dalam program pada malam tadi adalah Presiden Persatuan Badminton Hulu Terengganu, Rosli Kari @ Zakaria, 53, berkata pendekatan Pejabat Penerangan Daerah Hulu Terengganu adalah tepat kerana Bulan Kebangsaan yang disambut tidak hanya dipandang dengan banyaknya kibaran Jalur Gemilang namun kesepakatan dan perpaduan antara belia di kalangan belia dapat dikekalkan.

Ahli Kelab Follow Rider Hulu Terengganu, Mohamad Asri Samian, 22

Ahli Kelab Follow Rider Hulu Terengganu, Mohamad Asri Samian, 22

Beliau juga berharap belia di Daerah Hulu Terengganu dapat menjadi contoh terbaik kepada belia di luar sana.

Dalam keadaan sekarang, bukan mudah untuk mengumpulkan belia dan duduk bersantai sambil bertukar fikiran bersama mereka namun di sini ia masih boleh dilihat.

Veteran Jabatan Penerangan Malaysia dan juga anak jati Hulu Terengganu, Ghazali Taib, 63, melihat program ini adalah satu cara untuk lebih dekat dengan belia atau orang muda.

Golongan yang mengisi dan mengekalkan kemerdekaan mempunyai tanggungjawab yang besar bagi mengekalkan keharmonian negara.

Pegawai Penerangan Daerah Hulu Terengganu, Aneta Ahmad melihat program ini menarik dan berjaya mencapai matlamat untuk bersama dengan golongan muda yang merupakan komponen penting dalam mengerakkan komuniti setempat pada masa kini dan akan datang.

EM

Tinggalkan komen anda