Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Suami-isteri Terkejut Jumpa Bayi Depan Rumah

By 1 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto: Mohd Zaid Awang & Noriah Athan (Gombak)

RAWANG, 1 Okt (Malaysiaaktif) – Seorang suri rumah dan suaminya menjerit terkejut ketika membuka pintu apabila melihat seorang bayi ditinggalkan atas kerusi di luar rumahnya, di Bandar Tasik Puteri pagi tadi.

Bayi malang yang ditemui ditinggalkan dipercayai baru lahir.

Bayi malang yang ditemui ditinggalkan dipercayai baru lahir.

Shuhaida Saat 43 tahun berkata dia hanya menyedari bayi itu ditinggalkan di situ ketika keluar untuk mengambil barang yang dihantar sepupunya kira kira jam 6 pagi.

Menurutnya, bayi lelaki yang masih bertali pusat itu ditinggalkan tanpa pakaian dan hanya diselimut serta dialas dengan jaket bewarna hitam, atas kerusi yang terletak di ruang depan garaj rumahnya.

Shuhaida Saat (kiri) bersama bayi yang ditinggalkan di hadapan rumahnya.

Shuhaida Saat (kiri) bersama bayi yang ditinggalkan di hadapan rumahnya.

“Syukur kerana saya keluar rumah lebih awal daripada biasa, sekiranya lambat pasti bayi itu akan kesejukan dan lapar kerana tidak tahu bila pelaku yang meninggalkan bayi itu berbuat demikian,” katanya yang masih kelihatan terkejut ketika ditemui.

Beliau yang sudah 8 tahun menetap di kawasan perumahan itu bersama suami dan anak-anaknya yang lain telah memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis.

Kelihatan anggota polis hadir membuat siasatan terhadap bayi yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Kelihatan anggota polis hadir membuat siasatan terhadap bayi yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Sementara itu suami Shuhaida, Mohd Hairudin Mohamad Khalid, 41, berkata dia dan isteri keluar rumah selepas mendengar tangisan bayi itu yang ditinggalkan di atas kerusi rumahnya.

“Kemungkinan bayi ini lahir malam tadi kerana keadaannya masih bertali pusat yang diikat dengan benang ditinggalkan tanpa dokumen atau pesanan.

Di atas kerusi ini bayi malang tersebut ditinggakan

Di atas kerusi ini bayi malang tersebut ditinggakan

“Pelaku mungkin meletakkan bayi tersebut di halaman rumah ini kerana saya lupa tutup pintu pagar akibat tertidur ketika menunggu masa untuk solat Isyak di surau,” jelasnya.

Tambah Hairudin, beliau sempat mengazankan bayi malang tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis dan di hantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.

-NAZ

Tinggalkan komen anda