Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Penyertaan Pameran Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan Meningkat

By 2 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Idris Sani Saberun/Foto:Shahvian Mohamad Razali (Sabah)

 

 

KOTA KINABALU, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Jumlah penyertaan dalam program Pameran Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan 2018 meningkat dan berjaya menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun begitu, masih banyak nilai tambah yang perlu diraih atau diketengahkan bagi menarik kehadiran pengunjung ke pameran tersebut.

“Antara yang boleh diketengahkan adalah kejayaan memeterai MOU  atau Perjanjian Perniagaan dengan syarikat – syarikat tempatan dan juga luar negara semasa pameran berlangsung.

UCAPAN... Christina ketika membacakan teks ucapan Ketua Menteri sempena Majlis Perasmian Pameran Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan 2018.

UCAPAN… Christina ketika membacakan teks ucapan Ketua Menteri sempena Majlis Perasmian Pameran Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan 2018.

“Perkara ini tidak mustahil dan perlu difikirkan oleh agensi-agensi kerajaan dan saya yakin ada  produk agensi-agensi kerajaan yang berpotensi untuk memasuki pasaran tempatan dan juga luar negara.

“Pameran ini juga merupakan masa yang sesuai untuk meninjau peluang kerjasama antara agensi-agensi kerajaan.

“Untuk merealisasikan hasrat ini, penglibatan dan interaksi antara ahli-ahli lembaga pengarah dan juga pengurusan atasan daripada agensi-agensi kerajaan semasa berlangsungnya pameran amatlah penting,”ujarnya.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyeru kepada agensi-agensi kerajaan negeri menjadikan pameran tersebut sebagai pencetus kepada idea dan inovasi.

Christina (tengah) memotong riben sebagai simbolik perasmian Pameran Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan 2018 sambil disaksikan Pengiran Hassanel (dua dari kanan), Sarifuddin (tiga dari kanan), Kenny Chua (tiga dari kiri) dan Dr Mohd Yaakub (dua dari kiri).

Christina (tengah) memotong riben sebagai simbolik perasmian Pameran Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan 2018 sambil disaksikan Pengiran Hassanel (dua dari kanan), Sarifuddin (tiga dari kanan), Kenny Chua (tiga dari kiri) dan Dr Mohd Yaakub (dua dari kiri).

“Kita semua tentunya mahu melihat ada pembaharuan yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan dari masa ke semasa.

“Agensi-agensi yang terlibat hendaklah juga mengambil berat dan menilai apa jua komen dan pandangan daripada para pengunjung kerana perkara ini penting untuk tujuan penambahbaikan.

“Kejayaan pameran pada tahun ini merupakan cabaran kepada agensi-agensi kerajaan negeri untuk menjadikan pameran ini lebih baik di masa akan datang.

“Oleh itu, agensi–agensi kerajaan negeri perlu merangka pendekatan dan hala tuju supaya pameran ini bukan sahaja kekal relevan, tetapi juga berupaya menawarkan perkhidmatan dan produk baharu kepada pengunjung serta dapat menarik perhatian para pelabur tempatan dan daripada luar negeri,”katanya pada Majlis Perasmian Pameran Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan 2018 di Kompleks Suria Sabah, dekat sini pagi Ahad.

Teks ucapan Mohd Shafie dibacakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Christina Liew.

Sebanyak 30 agensi dan syarikat kerajaan menyertai pameran pada kali ini dengan lebih 50 ruangan pameran disediakan pihak Warisan Harta Sabah Sdn Bhd yang bertindak selaku penganjur.

Hadir sama Pembantu Menteri Kewangan I, Sarifuddin Hatta; Pembantu Menteri Kewangan II, Kenny Chua; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Pengiran Hassanel Datuk Pengiran Mohd Tahir serta Pengerusi Penganjur merangkap Lembaga Pengarah Warisan Harta Sabah Sdn Bhd, Datuk Dr Mohd Yaakub Johari.

 

 

 

 

-FB

Tinggalkan komen anda