Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

200 Pelajar SMK Tok Janggut ‘Naik Haji’

By 18 Oktober 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh) 

PASIR PUTEH, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 200 pelajar tingkatan empat dan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut melaksanakan simulasi ibadah haji hari ini di Dewan SMK Tok Janggut, di sini. Program Lambaian Kaabah ini merupakan anjuran sekolah tersebut dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Pasir Puteh bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar perihal ibadah haji yang bukan sahaja harus dihafal bahkan harus jua difahami.

Wakil Lembaga Tabung Haji Pasir Puteh, Mohd Hazir Alias berkata program seperti ini menjadi rutin kebiasaan bagi pihak Lembaga Tabung Haji kerana setiap tahun mereka akan mendapat permohonan daripada sekolah-sekolah untuk menganjurkan simulasi ibadah haji ini.

Pelajar lelaki dijadikan model rujukan cara pemakaian ihram. pakaian ihram juga dibawakan khas oleh para guru.

Pelajar lelaki dijadikan model rujukan cara pemakaian ihram. pakaian ihram juga dibawakan khas oleh para guru.

“Setiap cawangan Lembaga Tabung Haji ada disediakan replika dan bahan simulasi untuk ibadah haji seperti replika Kaabah untuk tujuan pembelajaran dan ia disediakan secara percuma kecuali untuk kos penceramah sahaja”

Salah seorang guru, Farizatul Akma Jusoh pula berharap penganjuran program seperti ini dapat membuka minda dan meningkatkan kefahaman pelajar terutama tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November ini.

“Tujuan utama Unit Bina Insan & Pemurnian Sahsiah SMK Tok Janggut mengadakan program ini agar pelajar bukan sahaja menghafal proses ibadah haji tetapi akan berpeluang mengingati dengan merasai sendiri pengalaman’naik haji’.

“Guru-guru juga memberikan sokongan penuh untuk program ini dengan membawa pakaian ihram milik mereka sendiri untuk digunakan oleh para pelajar sebagai usaha merealisasikan simulasi ibadah haji ini,” ujar beliau lagi.

Bagi melengkapkan Program Lambaian Kaabah ini, tenaga pengajar dan penceramah jemputan iaitu Pegawai Agama daripada Pejabat Agama Jajahan Tumpat, Ustaz Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob hadir bagi berkongsi ilmu pengatahuan beliau dalam bidang ibadah haji. Rata-rata pelajar yang menyertai program merasa teruja dengan simulasi yang dilaksanakan dan berazam untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah pada masa hadapan.

-NAZ
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda