Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantanMA

Majlis Hari Raya Mengeratkan Perpaduan

By 6 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ismail (Tumpat)

Tumpat, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Berbaki beberapa hari lagi Syawal, sambutan hari raya Komuniti Madani Kutan bersama KRT Sri Kutan (Kawasan Rukun Tetangga) telah dilaksanakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat.

Ahmad Nazif bin Mojamed, Pengarah Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan, pemimpin masyarakat turut hadir memeriahkan majlis raya

Pengarah Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan, Ahmad Nazif Mohamed, berkata komuniti masyarakat yang berbilang bangsa Melayu, Cina dan India dapat mengeratkan hubungan melalui majlis perayaan yang diadakan di setiap komuniti setempat.

“Majlis perayaan seperti ini adalah satu medan untuk merapatkan hubungan dan menyatukan masyarakat, mereka dapat mengetepikan ideologi dan fahaman politik masing-masing,” katanya.

Pengarah Penerangan Negeri Kelantan, Muhd Nur Aswadi bin Md Nor, berkata persefahaman adalah kunci bagi masyarakat dapat hidup dalam suasana yang harmoni serta saling menghormati dan menjaga sensitiviti.

Pelbagai juadah dan kuih muih disediakan kepada tetamu yang hadir

“Hubungan yang baik ini wajar diteruskan oleh semua masyarakat untuk mengekalkan kesejahteraan rakyat dan menjamin kestabilan negara,” tambahnya.

Kemeriahan majlis raya turut dirasai dengan kehadiran ketua ketua jabatan dan pemimpin masyarakat yang turut hadir dalam majlis tersebut.

-AA-

Tinggalkan komen anda