Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Rakyat Sambut Meriah Perdana Menteri di Cherok Tokkun

By 6 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Haliza Ridzuan (Seberang Perai Tengah)

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim berucap di Majlis Kenduri Rakyat Aidilfitri Perpaduan yang diadakan di Galeri Pejuang, Cherok Tokkun

BUKIT MERTAJAM, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Kepulangan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim disambut meriah oleh penduduk Cherok Tokkun dan penduduk sekitarnya, semalam.

YAB Perdana Menteri pulang ke Cherok Tokkun untuk bersama-sama masyarakat setempat dalam Majlis Kenduri Rakyat Aidilfitri Perpaduan yang diadakan di Galeri Pejuang, Cherok Tokkun. Majlis ini telah dihadiri oleh kira-kira 10 ribu penduduk setempat dan penduduk sekitar Pulau Pinang.

Salamah Hassan, 53, salah seorang pengunjung yang ditemui berkata beliau amat teruja untuk bertemu secara dekat dengan Perdana Menteri dan setiap tahun akan hadir bersama-sama di majlis seumpama ini.

YAB PM dalam ucapannya berkata kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat dalam menangani masalah kos sara hidup di samping membantu penjawat awam dengan menaikkan gaji bermula Disember ini.

Majlis dihadiri oleh penduduk sekitar terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan kaum

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow dan pemimpin-pemimpin negeri yang lain.

-AA-

Tinggalkan komen anda