Pemenang Tujuh Pingat Emas Acara Berbasikal Sukan Malaysia Gamatkan Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku

Pemenang 7 pingat Acara Berbasikal Sukma di Perak, Nur Aisyah Mohd Zubir
Laporan/foto: Aneta Ahmad/Mohd Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

HULU TERENGGANU , 31 Okt (Malaysia Aktif) – Kehadiran  pemenang tujuh pingat emas acara berbasikal Sukan Malaysia di Perak, Nur Aisyah Mohd Zubir,21, dalam Slot Bersama Ikon sempena Program Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Terengganu 2018 nyata meriah.

Nur Aisyah Pelumba atlet kelahiran Terengganu yang cemerlang dalam acara berbasikal apabila meraih tujuh pingat emas dalam penampilannya di Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 dan dipilih sebagai ikon bagi pelajar Kelab Malaysiaku hadir dalam Kem Aspirasi yang diadakan semalam di Kompleks Desa Taqwa, Kuala Telemong, Terengganu.

Selain itu, ikon kepada pelajar Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Terengganu 2018 ini meraih tujuh emas dalam acara Kriterium 50km, jalan raya individu 80 km, scratch 10km, ujian masa berpasukan 30km, acara kejar mengejar individu, keirin dan acara kejar mengejar berpasukan 4 km di Sukma ke 19 yang diadakan di Perak September lalu.

Gambar kenangan Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku

Gambar kenangan peserta Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku bersama Pengarah Negeri Terengganu (Tengah)

Pencapaian Nur Aisyah meraih tujuh emas mengatasi pencapaian terbaik atlet Terengganu iaitu Fatehah Mustapa yang meraih enam emas pada Sukma 2016 di Kedah.

Melalui kem ini, pelajar diberi ruang untuk berkongsi rahsia kejayaan Nur Aisyah dan slot ini membuatkan peserta amat teruja dan terkejut kerana dapat bersemuka dengan atlet yang sebelum ini hanya dapat dilihat menerusi kaca televisyen.

Muhammad Afiq Hafizzuddin, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun berkata “saya amat gembira kerana bukan mudah untuk bertemu dengan atlet kesayangan Negeri Terengganu. Cara perkongsian kisah kejayaan beliau amat mudah difahami dan beliau akan menjadi idola dalam bidang sukan.”

Manakala guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam, Kuala Terengganu,  Noreen Naqab, 35, berkata “Slot Bersama Ikon ini memang bagus kerana pelajar berpeluang berkongsi kaedah dan dapat mengambil contoh sebagaimana Nur Aisyah untuk mendapat kejayaan perlu kerja keras dan semangat yang kuat.”

Seorang peserta, Siti Nor Alisya Umairah Sheikh Said Redzuan, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah (SMKBAS), Kemaman memaklumkan kisah dan kejayaan yang dicipta oleh atlet ini mungkin boleh menjadi inspirasi kepada pelajar untuk mendapat kejayaan di peringkat sekolah dengan kejayaan idola kepada semua rakyat Terengganu yang dijemput oleh Jabatan Penerangan Negeri Terengganu pada tahun ini.

Nur Izzati Hanum Romzie dari SMK Pulau Serai, Dungun

Nur Izzati Hanum Romzie dari SMK Pulau Serai, Dungun

Nur Ilhan Nurina Mohd Oslan, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 1, Besut berkata beliau berasa gembira kerana diberi peluang oleh pihak sekolah untuk hadir ke Program Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku  Peringkat Negeri Terengganu 2018.

Bagi Nur Izzati Hanum Romzie, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai berkata setiap sekolah ditetapkan untuk menghantar seorang pelajar lelaki dan pelajar perempuan untuk hadir dan beliau sangat berbangga apabila dipilih untuk menghadiri program kali ini.

Sebanyak 57 buah sekolah dari seluruh negeri Terengganu yang membabitkan 111 pelajar Kelab Malaysiaku. Program yang diadakan selama tiga hari dua malam dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah Kenegaraan, kuliah maghrib dan subuh, senam seni, sesi bersama ikon dan latihan dalam kumpulan bertujuan melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotik serta cintakan negara selain mampu membentuk generasi yang bersatu padu dan harmoni.

Dengan motto ‘Penggerak Transformasi Pelajar’ kem itu juga dapat melahirkan generasi muda yang berketrampilan dan proaktif melalui teknik komunikasi massa dan bersemuka.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Suwadi Guliling menyempurnakan majlis penutup program dan penyampaian sijil. Turut hadir ialah Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian, Jabatan Pendidikan Terengganu, Ngah Bidin dan Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat), Samsudin Daud.

Salah satu aktiviti berkumpulan yang dijalankan dalam Kem Aspirasi

Salah satu aktiviti berkumpulan yang dijalankan dalam Kem Aspirasi

Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku menjadi satu program yang dinantikan oleh semua ahli Kelab Malaysiaku kerana boleh diibaratkan sebagai program yang menghimpunkan pemimpin di kalangan Kelab Malaysiaku seluruh negeri ini.

EM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...