Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Mawar Medical Centre Dihentikan Operasi

By 16 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

Foto : Ihsan The Star

PUTRAJAYA, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Perkhidmatan Mawar Medical Centre di Seremban, Negeri Sembilan dihentikan operasi serta-merta setelah gagal mengemukakan penjelasan dan bukti bahawa mereka tidak melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] setelah dibatalkan lesen pengoperasiannya.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, pihak Mawar Medical Centre telah mengemukakan rayuan di bawah subsekyen 49 (2), akta tersebut, 20 Disember lalu.

“Walau bagaimanapun, berdasarkan dokumen sokongan yang dikemukakan, pihak Pusat Hemodialisis Mawar telah menyerahkan kepada sebuah syarikat lain untuk “supervise, direct, and control all aspects of the centers” yang jelas menunjukkan bahawa Pusat Hemodialisis Mawar bukan lagi pihak yang menjalankan dan menyediakan (operate and provide) perkhidmatan di bawah Akta 586.

“Oleh itu, rayuan tersebut tidak dapat dipertimbangkan dan surat pengesahan pembatalan telah dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Kesihatan 15 Januari 2019. Sehubungan itu, pihak Mawar Medical Centre perlu mengembalikan lesen hospital dan memberhentikan operasi hospital dengan serta-merta,” katanya menerusi satu sidang media, di sini semalam.

Selaras dengan ketetapan Peraturan 320(c), Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 2006, adalah menjadi tanggungjawab Pusat Hemodialisis Mawar sebagai pemegang lesen untuk memastikan kesinambungan rawatan hemodialisis bagi setiap pesakit di Unit Hemodialisis Mawar Medical Centre sedia ada.

Menurut Dzulkefly, tanggungjawab tersebut adalah turut meliputi keperluan pemindahan pesakit-pesakit ke pusat hemodialisis lain serta pengurusan bantuan kewangan dan subsidi rawatan yang diterima pesakit-pesakit ini.

-SH

Tinggalkan komen anda