Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

Perlis Sasar RM67 Juta Hasil Harumanis 2020

By 22 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 22 Feb (Malaysiaaktif ) – Menjelang tahun 2020, Jabatan Pertanian Negeri Perlis menyasarkan peningkatan keluasan tanaman harumanis lebih 1320 hektar yang akan mengeluarkan hasil sebanyak 2696 metrik tan dengan nilai pengeluaran melebihi RM67 juta.

Peningkatan ini dapat menambahkan lagi pendapatan pengusaha harumanis serta dapat memberi sumbangan signifikan terhadapat industri pelancongan di negeri ini khususnya pada musim harumanis yang dijangkakan pada bulan Mei nanti.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ketika merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, di sini hari ini.

“Pada tahun 2018, luas kawasan tanaman bagi harumanis adalah lebih 1225 hektar dengan keluasan pengeluaran hasil melebihi 781 hektar. Dari kawasan tersebut, pengeluaran hasil sebanyak 1751 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak melebihi RM31 juta dengan anggaran harga RM20kg.

Salahuddin (tiga dari kanan) turut menyampaikan cek contoh insentif kementerian bagi kategori Pembangunan Kluster Harumanis kepada penerima.

Salahuddin (tiga dari kanan) turut menyampaikan cek contoh insentif kementerian bagi kategori Pembangunan Kluster Harumanis kepada penerima.

“Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah memperkenalkan kaedah peningkatan pengurusan harumanis melalui Roda Harumanis, Kod Keselamatan, QR Code, Kod warna pada pembalut, gelang penyukat dan brix meter (penyukat kemanisan) sebagai panduan kepada petani dalam pengurusan tanaman mangga harumanis yang lebih berkesan,” katanya.

Kementerian Pertanian juga bercadang menubuhkan unit khas untuk pemasaran harumanis di bawah FAMA serta akan cuba bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk mengadakan kempen supaya menarik orang ramai datang ke Perlis pada musim harumanis.

Menurut Salahuddin, kementerian turut merangka program hari bertemu pelanggan yang dijangkakan efektif dalam menawarkan perkhidmatan melalui interaksi dan perhubungan yang mesra dalam merealisasikan sektor pertanian sebagai sumber pembangunan ekonomi rakyat dan negara.

“Setiap agensi di peringkat daerah juga akan mengadakan hari bertemu pelanggan pada setiap hari Rabu bagi membolehkan para petani setempat untuk bertemu dengan para pegawai dan menyuarakan masalah atau sebarang isu yang mereka hadapi,” tambahnya.

Terdapat 56 projek kelompok harumanis di negeri ini melibatkan hampir dua ribu pengusaha dan pada tahun ini kerajaan persekutuan telah memperuntukan lebih RM1 juta dan RM800 ribu dari kerajaan negeri untuk projek harumanis.

-SH

Tinggalkan komen anda