Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeNegeri Sembilan

Irshad Alfatwa Beri Penjelasan

By 22 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Ahmad Yaacob (Jelebu)

JELEBU, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu dan Kolej Komuniti Jelebu telah mengadakan Program Irshad Alfatwa bertempat di Kolej Komuniti Jelebu yang dirasmikan oleh Mufti Negeri Sembilan, Dato’ Mohd. Yusof Hj. Ahmad semalam.

Dato' Mohd Yusof Hj. Ahmad sedang menyampaikan ucapan.

Dato’ Mohd Yusof Hj. Ahmad sedang menyampaikan ucapan.

Dalam ucapan perasmianya Dato’ Mufti menjelaskan bahawa program ini diadakan bagi memberi penjelasan akan tugas dan peranan Jabatan Mufti kepada masyarakat setempat bagi mengelakkan salah faham orang ramai  mengenai pembahagian tugas dengan Jabatan Agama Islam bagi menyelesaikan permasalahan yang berkaitan isu-isu agama.

Menurut beliau, “Program ini akan diadakan dari masa ke masa di seluruh Negeri Sembilan bersama beberapa ahli-ahli jawatankuasa (AJK) Fatwa Negeri bagi menerangkan tujuan dan sebab sesuatu fatwa dikeluarkan dan masyarakat boleh memberi maklum balas secara bersemuka.”

Sesi soal jawab bersama ahli forum.

Sesi soal jawab bersama ahli forum.

Program yang bertemakan ‘Melestarikan Fatwa Mensejahterakan Ummah’ juga mengadakan forum membincangkan perkara-perkara yang berbangkit berhubung dengan perisytiharan sesuatu fatwa oleh Jabatan Mufti Negeri. Ahli-ahli panel yang dijemput terdiri daripada AJK Fatwa Negeri, Dr. Shuhadak Muhamad, Pengarah ITKUQAH dan AJK Fatwa Negeri, Hj. Zainal Hj. Ibrahim dan dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Razlan Raihan, Penolong Mufti Bahagian Istiqarah, Jabatan Mufti Negeri Negeri Sembilan. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Kolej Komuniti Jelebu, Mohd Aznor Abdul Aziz.

Dato’ Mufti juga menjelaskan, Jabatan Mufti Negeri juga berperanan mengenal pasti penyebaran ajaran-ajaran sesat diseluruh Negeri Sembilan dan beliau menyeru orang ramai memainkan peranan sebagai mata dan telinga kepada Jabatan Agama agar melaporkan kegiatan yang bertentangan Syariah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Jabatan Mufti akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

-KN

Tinggalkan komen anda