Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

41 Calon Cemerlang SPM 2018 Di Perlis

By 14 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 14 Mac (Malaysiaktif) – Seramai 41 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 di Negeri Perlis telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding tiga puluh enam calon pada tahun 2017.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Izmi Ismail, menjelaskan bahawa seramai 3324 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan bertulis SPM 2018 berbanding 3527 orang calon pada tahun 2017.

“Indeks Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun 2018 adalah 5.19 berbanding 5.13 pada tahun sebelumnya iaitu menurun sebanyak 0.06 peratus.

“Sejumlah 75 mata pelajaran telah ditawarkan kepada calon tetapi hanya 41 mata pelajaran diambil oleh calon dari negeri ini dan sebanyak 35 pusat peperiksaan disediakan manakala seramai 242 petugas peperiksaan telah berkhidmat untuk mentadbir peperiksaan,” ujarnya yang ditemui pemberita selepas menyampaikan keputusan SPM 2018 di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, di sini hari ini.

Kesemua 41 orang pelajar cemerlang SPM  2018 bergambar kenangan di Sekolah Menengah Sains Behor Pulai, di sini.

Kesemua 41 orang pelajar cemerlang SPM 2018 bergambar kenangan di Sekolah Menengah Sains Behor Pulai, di sini.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma masih mengunguli keputusan SPM 2018 apabila seramai 18 orang pelajar mereka mendapat keputusan cemerlang diikuti dengan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra seramai enam orang.

Najah Afiqah Rose Aza (17) pelajar aliran Sains Tulen dari SMK Derma, Kangar telah dinobatkan sebagai pelajar Terbaik SPM 2018 Peringkat Negeri Perlis dengan memperolehi 9A+.

“Saya sangat bersyukur dengan keputusan ini, pada mulanya saya menetapkan harapan untuk mendapat 9A tetapi tidak sangka pula saya memperoleh keputusan 9A+,” ujarnya yang ditemani oleh ayahnya pada majlis tersebut.

Apabila ditanya mengenai rahsia kejayaannya, Afiqah menjelaskan penumpuan penuh diperlukan apabila belajar di dalam kelas ataupun semasa di kelas tambahan yang diikuti selepas sekolah.

Antara sekolah lain yang turut cemerlang adalah SMK Agama Arau (5) calon, Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar (4),
SMK Kuala Perlis dan SMK Tuanku Lailatul Shahreen masing-masing dua calon dan SMK Dato’ Sheikh Ahmad, SMK Perlis dan SMK Tengku Sulaiman (1) calon.

-SH

Tinggalkan komen anda