Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

Recycle For Life Bangkitkan Kesedaran Amalan Kitar Semula

By 15 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 15 Mac (Malaysiaktif) – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyokong penuh inisiatif yang dibawakan oleh pihak syarikat E-Idaman Sendirian Berhad (EISB) dalam usaha memperkenalkan kad pintar Recycle for Life (RFL) kepada rakyat di negeri Perlis.

“Pada saya dan rakyat Perlis khususnya akan beroleh kebaikan daripada amalan kitar semula dan inisiatif ini mampu menjadi penggalak terhadap pertumbuhan ekonomi rakyat”, titah baginda ketika merasmikan Program Kitar Semula untuk Kehidupan, di salah sebuah hotel di sini semalam.

Melalui program sebegini rakyat dapat menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan saban hari. Pengumpulan dan penggunaan kertas-kertas lama dapat membantu dan mengelakkan aktiviti penebangan pokok bagi menghasilkan kertas.

Aktiviti kitar semula dapat membantu dan mengelakkan aktiviti penebangan pokok bagi menghasilkan kertas - Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Aktiviti kitar semula dapat membantu dan mengelakkan aktiviti penebangan pokok bagi menghasilkan kertas – Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

“Justeru dengan pengurusan serta budaya serta amalan yang baik ini, kehidupan kita akan menjadi lebih bersih, selesa, selamat dan lestari selari dengan usaha kita untuk menjadi sebuah negeri dan negara yang lebih maju pada masa hadapan.

“InsyaAllah dan saya menyeru supaya secara terus menerus mempamerkan tanggungjawab masing-masing dalam memberikan kesedaran kepada umum tentang kepentingan amalan kitar semula ini,” titah baginda lagi.

Sementara itu Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan E-Idaman Sdn Bhd Ir Mhd Saiful Anuar Zainal, menjelaskan bahawa pelancaran ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat bagi mempromosikan kesedaran kitar semula dalam kalangan masyarakat negara ini.

“Program RFL ini merupakan satu program yang dibangunkan untuk mengalakkan amalan kitar semula dengan memberi ganjaran tunai melalui kad pintar RFL secara system tanpa tunai.

“Sebanyak 107 buah sekolah, jabatan kerajaan dan agensi telah menyertai program ini dan sebanyak 10,540 kad RFL telah diedarkan dan 451.8 tan pelbagai barang kitar semula telah direkodkan dengan jumlah tansaksi melebihi RM100 ribu setelah hampir setahun program ini diperkenalkan,” katanya.

Tambah beliau, RFL ini juga dilihat mampu untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam menjayakan program pengasingan sisa pepejal pada punca dan seterusnya meningkatkan kadar kitar semula daripada 21% kepada 30% dan seterusnya mengurangkan sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan sebanyak 40% menjelang tahun 2020.

Sebagai rekod pada tahun 2016 sahaja, penduduk Malaysia telah menjana lebih 37,000 tan sisa sehari.

-SH

Tinggalkan komen anda