Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Kerajaan Umum BHN Kepada Veteran ATM

By 26 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/Henry Berbar

LANGKAWI, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan hari ini bersetuju untuk meluluskan pelaksanaan inisiatif Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 sebagai bantuan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, berkata inisiatif BHN 2019 ini merupakan inisiatif baharu bagi menggantikan Bantuan Bakti Negara (BBN) 2017 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) 2013.

Mohamad ketika mengadakan lawatan di pusat media LIMA'19, di sini.

Mohamad ketika mengadakan lawatan di pusat media LIMA’19, di sini.

“Inisiatif ini merupakan penghargaan berterusan kerajaan kepada Veteran ATM atas kesetiaan dan pengorbanan mereka kepada negara.

“Ianya merupakan usaha berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan semua veteran ATM,” katanya semasa sidang media di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Menurut Mohamad, meskipun menghadapi kekangan kewangan, namun kerajaan masih memperuntukkan sejumlah lebih RM79 juta untuk pelaksanaan BHN 2019.

“Sejumlah 159,368 Veteran ATM Berpencen dan Tidak Berpencen akan menerima bantuan ini berbanding hanya 43,000 Veteran ATM Tidak Berpencen sahaja yang menerimanya pada 2017,” tambahnya.

Sementara itu, Mohamad turut menjelaskan berlangsungnya perbincangan meja bulat oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta persidangan berhubung Selat Melaka oleh Institut Maritim Malaysia.

-SH

Tinggalkan komen anda