Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Pesta Orkid, Flora dan Herba 2019 di RTC Tunjung

By 26 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto  : Noriham Ahmad (Pasir Mas)

PASIR MAS, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Pesta Orkid, Flora dan Herba 2019 anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Kelantan sedang berlangsung di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung sehingga 31 Mac nanti.

Pesta pameran dan gerai jualan ini bermula sejak 21 Mac lagi, ia di buka pada pukul 10 pagi sehingga 12 malam setiap hari selama 10 hari.

Acara tahunan anjuran FAMA ini, bertujuan untuk membantu usahawan pertanian memperluas saiz pasaran florikultur serta untuk meningkatkan pendapatan pengusaha-pengusahanya.

Seramai 204 usahawan turut serta dalam pameran tersebut yang menawarkan 10, 000 spesies tanaman.

Pohon hiasan yang turut dijual

Pohon hiasan yang turut dijual

Pesta ini turut mempamerkan dan menjual pelbagai jenis pokok orkid, pokok herba, pokok buah-buahan dan pokok hiasan dengan harga yang berpatutan.

Antara pengusaha orkid yang turut serta dalam pameran tersebut adalah YHW Nursery, dari Kampung Baru Subang.

Menurut petugas YHW Nursery, Hairy Dano, “Syarikat kami menyediakan 100 jenis pokok orkid daripada pelbagai spesies serendah harga RM10 sehingga RM98 untuk pilihan peminat orkid.”

Hasnah Muhammad, dari Kampung Pendek, Kota Bharu yang berkunjung ke gerai YHW Nursery untuk membeli orkid berkata selain untuk menghias laman rumah, menamam pokok orkid merupakan hobinya walaupun orkid ini memerlukan penjagaan rapi yang agak rumit.”

Majlis Peramian Pesta Orkid, Flora Dan Herba 2019 Peringkat Negeri Kelantan ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan.

Turut hadir Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak, Ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara, Mohd Hisyamuddin Ghazali.

-NAZ

Tinggalkan komen anda