Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeMelakaSains & TeknologiViral

SKMM Bakal Perluas Projek Komuniti Pintar Ke Setiap Daerah

By 29 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

ALOR GAJAH, 29 Nov — Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperluaskan projek pintarnya dibawah program Komuniti Pintar ke setiap daerah di seluruh negera.

Ketua Bahagian Komuniti Digital dan Koordinasi Program Nor Akmar Shah Minan berkata inisiatif berkenaan bagi membangunkan negara mengembangkan keupayaan komunikasi dan liputan ke arah menjadikan Malaysia negara pintar menjelang 2020.

“Kita sudah ada projek perintis di Kemaman, Terengganu…bermula hujung tahun ini kita akan aturkan setiap satu daerah satu negeri dan kita sasarkan menjelang tahun 2020 semua negeri miliki daerah pintar.

Kini kita baru mula di Sabah dan Sarawak dan kita sasarkan untuk Melaka pada hujung tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Kesedaran SKMM di Masjid Tanah dekat sini yang disempurnakan Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Limau Datuk Amirudin Yusof.

Katanya usaha itu juga bagi melahirkan masyarakat pintar yang membudayakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta mengamalkan gaya hidup digital.

Nor Akmar berkata SKMM juga akan mewujudkan program keusahawanan, pembelajaran dalam talian, perkhidmatan dalam talian bagi menaik taraf kehidupan komuniti di seluruh negara.

“Kita mahu tambah baik peranan komuniti di mana masyarakat setempat bukan sahaja hanya memperoleh manfaat perkhidmatan telekomunikasi yang lebih menyeluruh, malah mereka juga akan terdedah dengan penggunaan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dalam pelbagai urusan seharian dan peluang peningkatan pendapatan menerusi platform digital.

Kita bersama syarikat telekomunikasi tempatan akan meningkatkan lagi tahap dan prasarana ICT di seluruh negara termasuk memperluaskan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi,” katanya.

— BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda