Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Agrofest Penjenamaan Semula Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Melaka

By 24 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Melaka Agrofest 2023 merupakan penjenamaan semula Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan sejak tahun 1983 lagi.

Program tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengiktiraf dan mengangkat sektor pertanian di Negeri ini selain meraikan semua peladang, penternak dan nelayan yang telah bertungkus lumus dalam menyokong agenda sekuriti makanan negara.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof, walaupun negeri Melaka hanya berkeluasan 1,650 km persegi, namun sektor pertanian di Negeri ini telah berada pada suatu tahap yang boleh dibanggakan.

“Antara inisiatif dan pencapaian sektor pertanian di negeri ini ialah pengeluar ikan keli terbesar di Malaysia, mencatatkan pengeluaran telur ayam 9.0 juta biji telur sehari dan meletakkan negeri ini antara pengeluar terbesar di Malaysia dengan nilai keseluruhan sektor ternakan unggas berjumlah RM1.80 Bilion setahun.

“Sektor pertanian tanaman pula telah mencatatkan nilai pengeluaran keseluruhan berjumlah RM80 juta pada tahun 2022 yang terdiri daripada buah-buahan, padi, sayur dan tanaman industri,” ujarnya ketika merasmikan Melaka Agrofest 2023 di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda