Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Wira Tidak Didendang Dirai

By 24 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat telah mengadakan majlis penghargaan bagi mengenang jasa dan pengorbanan sukarelawan banjir di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini kelmarin..

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor Datuk Zahari Sarip, mengucapkan terima kasih kepada pihak JKM Segamat yang mengatur program dan mengumpul sebilangan sukarelawan banjir seluruh daerah Segamat.

“Masih terdapat di luar sana mereka yang kita panggil sebagai wira tidak didendang yang kita lupa jasa mereka ini. Oleh itu saya mengharapkan penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung supaya mereka ini dapat dikumpulkan.

“Insya-Allah pada masa akan datang kita akan adakan satu majlis yang lebih besar dan dapat kumpulkan kesemua sukarelawan seluruh Segamat. Tahniah juga diucapkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sudi hadir pada hari ini bagi sama-sama meraikan para sukarelawan kerana jasa mereka ini tidak dapat dibalas,” katanya.

Salah seorang penerima sijil penghargaan sukarelawan banjir, Penghulu Mukim Bekok Azman Abu Bakar, berharap majlis ini diteruskan setiap tahun supaya lebih ramai masyarakat tertarik untuk menyertai kerja amal.

Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Segamat Mohd Fazle Mohd Yusof, ADUN Jementah Ng Kor Sim, ADUN Pemanis Anuar Abdul Manap, ADUN Tenang Haslinda Salleh, ADUN Bekok Tan Chong dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Segamat Mohd Kamil Helmi Mohd Pang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda