Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Perarakan Hari Kebangsaan Tarik Penduduk Daerah Negeri Jiran

By 5 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Anita Omar

BANDAR BAHARU, 5 Sept (Malaysiaaktif)  – Lebih 2,000 orang hadir membanjiri bandar Serdang Kedah untuk menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan 2016 Peringkat Daerah Bandar Baharu yang berlangsung di sini semalam.

Perbarisan berwarna-warni itu bukan sahaja menarik penduduk setempat, tetapi juga penduduk Parit Buntar, Perak dan Nibong Tebal, Pulau Pinang kerana lokasi Bandar Baharu berjiran dengan kedua-dua  negeri.

3309ebc3-506d-4600-8ca7-df0f3568511e

Pelbagai agensi kerajaan turut mengambil bahagian.

 

Seorang penduduk Parit Buntar, Yahya Ahmad, 68, berkata dia berasa teruja dengan perarakan yang diadakan oleh penduduk Bandar Baharu, selain mengharapkan supaya semangat sebegini diperkukuhkan, terutama dalam kalangan kanak-kanak selari dengan slogan sehatisejiwa.

Acara yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu dirasmikan dengan nyanyian Negaraku dan Lagu Negeri Kedah diiringi oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kedah yang didatangkan khas dari Ibu Pejabat Kontinjen PDRM Negeri.

Turut dipersembahkan koir Pentadbiran Daerah Bandar Baharu yang menyanyikan lagu sehati sejiwa. Pasukan koir ini julung kali menonjolkan diri setelah ditubuhkan berdasarkan idea Pegawai Daerah Bandar Baharu, Haji Mohamad bin Che Nai.

Sejumlah 40 kontinjen perbarisan yang terdiri daripada sekolah-sekolah di Daerah Bandar Baharu, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan mengambil bahagian bersama pelbagai kenderaan rasmi masing-masing.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda