Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaViralWilayah Persekutuan

Isu Viral Mahdzir Harap Ibu Bapa, Sekolah Lebih Fleksibel

By 17 November 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

 Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

BUKIT DAMANSARA, 17 Nov (Malaysiaaktif) – “Dalam dunia moden ini, pihak sekolah dan ibu bapa perlu ada sedikit fleksibiliti. Kena ada sedikit pertimbangan yang sewajarnya sebelum menjadikan sesuatu itu sebagai viral.”

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata demikian apabila menyentuh isu ibu bapa pelajar yang menganggap hukuman untuk duduk di atas jalan tar tidak wajar selain menganggap anak mereka sebagai orang gaji apabila diminta memadam papan putih di dalam kelas yang menjadi viral baru-baru ini.

Insiden yang menyebabkan isu-isu ini viral baru-baru ini. | Sumber gambar: Google Images

Insiden yang menyebabkan isu-isu ini viral baru-baru ini. | Sumber gambar: Google Images

Tambahnya, jika dahulu kita mengadu dipukul oleh guru di sekolah, kita pula yang akan dipukul oleh ibu bapa. Kini lain pula konsepnya, guru beri tugasan tambahan dalam bentuk hukuman namun semua nak viral.

“Saya harap masyarakat boleh faham, jika melampaui batasan, adil untuk mereka mengadu kepada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Jika tiada tindakan, mohon laporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.

Insiden yang menyebabkan isu-isu ini viral baru-baru ini. | Sumber gambar: Google Images

Insiden yang menyebabkan isu-isu ini viral baru-baru ini. | Sumber gambar: Google Images

 

“Kalau isu sedikit pun nak viral susahlah. Bayangkan ada lebih 10,000 sekolah dengan lima juta pelajar bermula dari prasekolah hinggalah tingkatan enam. Jika banyak yang mengadu, apa jadi?

“Kita harap masyarakat dapat membuat pertimbangan demi kepuasan kepada semua,” ujarnya semasa sidang media Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2016 di Auditorium Bahagian Teknologi Maklumat di sini petang semalam.

Khairul Amirin Syahrean

Khairul Amirin Syahrean

 

Sementara itu, bagi pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Khairul Amirin Syahrean, 16, isu hukuman yang diberikan tidak wajar dijadikan viral kerana setiap hukuman berlaku atas tujuan untuk mendidik.

“Pada saya hukuman yang diberikan oleh guru kepada pelajar merupakan perkara biasa. Hukuman seperti duduk di atas jalan tar sebenarnya dapat membentuk disiplin pelajar supaya tidak lagi datang lambat ke sekolah. Di MCKK sendiri hukuman rotan sebanyak tiga kali diberikan kepada mereka yang melakukan kesalahan,” ujarnya.

Mohd Najmi Abdul Rahim

Mohd Najmi Abdul Rahim

 

Rakannya, Mohd Najmi Abdul Rahim, pula berpendapat viral menerusi media sosial berlaku oleh sebab perasaan tidak puas hati dengan layanan yang diterima jadi pihak yang dihukum mengambil keputusan untuk sabotaj pihak yang menghukum.

Iskandar Suhaimi Bainuri

Iskandar Suhaimi Bainuri

 

Menurut seorang lagi rakannya, Iskandar Suhaimi Bainuri, 16, hukuman tersebut agak relevan tetapi masih ada lagi hukuman lain yang boleh digantikan contohnya khidmat komuniti seperti membersihkan tandas atau membersihkan kawasan sekolah.

“Pada saya hukuman sebegitu lebih memenatkan dan  lebih proaktif,” ujarnya lagi.

Tan Shin Ee

Tan Shin Ee

 

Dalam pada itu, guru perpustakaan SJK (C) Chong Wen, Tan Shin Ee, berpendapat bahawa komunikasi adalah paling penting.

“Isunya bukan sekadar duduk di atas jalan tar, pasti ada perkara-perkara lain yang berbangkit. Jadi pada saya tidak perlu diviral, tetapi bincangkan. Pasti ada jalan penyelesaian.

“Setiap yang kita muat naik di media sosial mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Setiap guru pun bukan sempurna. Jadi saya percaya dua-dua pihak perlu main peranan jika ada rasa tidak puas hati,” katanya lagi.

img_7106

 

Pada majlis itu juga, Kementerian Pendidikan turut memberi tempoh empat bulan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan yang mengendali program 1Bestari.Net untuk meningkatkan tahap capaian Internet sistem Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL) and Very Small Aperture Terminal (VSAT) kini kepada 4G di kira-kira 2,000 sekolah luar bandar.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda