Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Konvoi Berbasikal Wanita 2017, Khas Untuk Wanita

By 10 Februari 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh Muhammad Shahir Mustafar

Putrajaya, 10 Februari (Malaysiaaktif) – Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, meletakan sasaran 10 ribu penyertaan bagi Konvoi Berbasikal Wanita yang bakal diadakan pada 11 Mac 2017 di Putrajaya, bersempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 2017.

Program ini akan melibatkan dua pilihan laluan kayuhan iaitu 10 kilometer dan 25 kilometer mengelilingi Putrajaya yang bermula di Dataran Kompleks Istana Kehakiman, Presint 3 Putrajaya. Apa yang lebih menarik program ini akan turut disertai oleh peserta daripada Australia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Menurut Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rahimi Rejab, program kayuhan ini merupakan penganjuran terbesar yang pernah diadakan yang hanya akan melibatkan kaum wanita.

WhatsApp Image 2017-02-10 at 7.44.03 PM

Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rahimi Rejab bergambar bersama selebriti wanita terkenal tanah air yang akan menyertai Konvoi Berbasikal Wanita

“Kami dalam proses untuk memenuhi kriteria minimum sebanyak 3 ribu penyertaan yang ditetapkan oleh ‘The Malaysia Book of Records’ bagi rekod penganjuran kayuhan khusus untuk wanita terbesar di Malaysia.

“Sebagai penganjur, kami optimis penyertaan akan melebihi ketetapan minimum kerana sehingga hari ini kami telah menerima sebanyak 6 ribu penyertaan,” katanya semasa pelancaran gimik program di Atrium Menara Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Jelas Datuk Mohd Rahimi lagi, bagi menggiatkan promosi dan publisiti, penganjur turut mengundang penyertaan selebriti terkenal tanah air yang bukan sahaja berjaya dalam kerjaya masing-masing tapi masih menitikberatkan kepentingan menjaga kesihatan.

“Program ini akan disertai beberapa artis wanita terkenal tanah air seperti Vanidah Imran, Linda Onn, Serina Redzuawan, Maznah Zolkifli, Sharifah Haslinda, Betty Banafe dan Zahida Rafik. Kami berharap pesona mereka mampu menarik minat wanita-wanita di luar sana kerana program ini khas untuk mereka.

Bagi pelakon penyampai radio, Linda Onn, walau sesibuk mana sekali pun jadual harian, aktiviti riadah perlu dilakukan untuk memastikan prestasi kerja dan kehidupan berada pada tahap yang terbaik.

WhatsApp Image 2017-02-10 at 7.42.39 PM

Walau macam mana sibuk pun seseorang itu, perlu ada aktiviti riadah untuk kehidupan yang seimbang – Penyampai Radio, Linda Onn

“Saya merupakan seorang yang sangat sibuk dengan jadual harian. Justeru dengan penganjuran program sebegini ia bukan sahaja dapat menyihatkan badan tapi juga menjadi tempat untuk saya berjumpa kawan-kawan seperjuangan.”

Menurut pelakon, Vanidah Imran, Konvoi Kayuhan Berbasikal Wanita ini adalah platform bagi kaum wanita yang selama ini mahu menyertai program berbasikal, tetapi tidak mendapat pendedahan yang secukupnya.

WhatsApp Image 2017-02-10 at 7.43.22 PM

Pelakon, Vanidah Imran (kiri) bergambar dengan personaliti televisyen, Maznah Zolkifli (kanan) ketika pelancaran gimik Konvoi Berbasikal Wanita.

“Jika ada kaum wanita di luar sana yang selama ini rasa segan untuk menyertai program kayuhan, mari sertai kami kerana program ini sememangnya khas untuk wanita. Jangan risau ramai penunggang basikal profesional wanita yang memberikan tunjuk ajar.

Tambah pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, kaum wanita yang tidak mempunyai basikal, mereka boleh menyewa dengan vendor yang akan disediakan pada hari kayuhan dengan kadar RM 30 hingga RM 60 mengikut tetapan dan saiz.

WhatsApp Image 2017-02-10 at 7.43.29 PM

Cabutan bertuah disediakan termasuk sebuah kereta Proton Saga BLM untuk dimenangi – Pelakon, Serina Redzuawan

“Sebanyak 1000 cabutan bertuah disediakan termasuk sebuah Proton Saga BLM sebagai hadiah utama. Untuk penyertaan dan sebarang pertanyaan sila lawati Facebook rasmi Konvoi Berbasikal Wanita 2017.”

-MSM

Tinggalkan komen anda